Radio Televisyen Malaysia 2 atau RTM TV2 atau RTM 2 merupakan sebuah stesen televisyen pemerintahan terestrial nasional yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Penyiaran televisyen Malaysia RTM 2 ini bermula pada 17 November 1969 dan menawarkan program hiburan, filem dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, dan Mandarin. RTM 2, juga dipanggil TV 2, bersama-sama dengan RTM 1 telah dilancarkan kebali dengan imej dan nama baru: TV2 - Dunia Ria menggantikan slogan sebelum ini Saluran Emas (The Golden Channel). Pelancaran ini dibuat pada 20 Ogos 2004, 2 minggu selepas pembaharuan imej TV 1 oleh bekas Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
SILA TUNGGU 10-15 SAAT UNTUK STREAMING LOADING......
0 comments:
Catat Ulasan