[RASMI]-[RASMI] Contoh Surat Rayuan Pertukaran Guru (EgTukar)


Timeline Cover
Timeline Cover
[RASMI] Contoh Surat Rayuan Pertukaran Guru (EgTukar)

Contoh Format Rasmi Surat Rayuan Pertukaran Guru EgTukar Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah Dan Dalam Daerah Sesi Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember 2017 2018 2019

Contoh Surat Rayuan EgTukar Pertukaran Guru

Sistem pengurusan guru (EGtukar) bagi modul pertukaran guru sepanjang tahun di seluruh negeri Malaysia merupakan capaian permohonan untuk guru-guru yang mahu membuat pertukaran ke negeri atau daerah pilihan. Namun, Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak dapat memenuhi semua permohonan pertukaran guru, berikutan ketidakseimbangan perjawatan dan kekosongan di kawasan yang dipohon. 

RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN ANTARA BAHAGIAN/DAERAH BAGI SEKOLAH RENDAH/ MENENGAH SESI 
JANUARI | FEBRUARI | MAC | APRIL | MEI | JUN | JULAI | OGOS | SEPTEMBER | OKTOBER | NOVEMBER | DISEMBER
 2017/ 2018/ 2019.

Bagi yang telah membuat Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah Dan Dalam Daerah namun gagal, jangan berputus asa. Berikut kami sediakan Contoh Format Surat Rayuan Pertukaran Guru untuk rujukan kepada yang ingin membuat rayuan. 

CONTOH FORMAT SURAT RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN ANTARA BAHAGIAN/DAERAH 2017 | 2018 | 2019

Nama
Sekolah Kebangsaan 
D/A Pejabat Pendidikan Daerah 
Poskod Daerah
Negeri.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Pengarah,           12 November 2015
Jabatan Pendidikan Negeri _______,
Alamat JPN,
Negeri.

Melalui dan Salinan, 

Guru Besar, 
Sekolah Kebangsaan ,
D/A Pejabat Pendidikan Daerah,
Poskod Daerah,
Negeri
.
Tuan,
RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN ANTARA BAHAGIAN/DAERAH BAGI SEKOLAH RENDAH/ MENENGAH SESI 
JANUARI | FEBRUARI | MAC | APRIL | MEI | JUN | JULAI | OGOS | SEPTEMBER | OKTOBER | NOVEMBER | DISEMBER
 2017/ 2018/ 2019.

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat rayuan bagi permohonan pertukaran antara bahagian/daerah bagi sekolah rendah sesi Januari 2016.

2. Untuk makluman pihak tuan, butiran peribadi saya adalah seperti berikut:

Nama:   
No. Kad Pengenalan : 
No. Fail Peribadi : 
Jawatan dan Gred : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Sisawazah DG 41
Tarikh Lantikan : 1 Julai 2013 
Opsyen : Sains / Pendidikan Sivik / Pendidikan Jasmani
Kelas/Matapelajaran Diajar : 

3. Saya amat merayu kepada pihak tuan agar menerima permohonan ini agar saya dapat ditempatkan di mana-mana sekolah di daerah ______. Tujuan rayuan ini dibuat ialah supaya saya dapat tinggal bersama isteri saya yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan__________. Untuk makluman pihak tuan juga, isteri saya sedang mengandung dan tinggal berseorangan di rumah sewa. Hal ini amat membimbangkan saya memandangkan doktor telah mengesahkan isteri saya menghidap ‘Ovarian Cyst During Pregnancy’ dan keadaan ini amat membahayakan isteri saya dan memerlukan pengawasan daripada saya. Bersama-sama dengan surat ini, saya lampirkan surat pengesahan daripada doktor pakar dari Hospital  yang merawat isteri saya dan muka depan buku rekod kandungan isteri saya.

4. Saya juga dimaklumkan bahawa ramai guru di daerah _____ telah diluluskan permohonan mereka bagi sesi Januari 2016 untuk bertukar ke PPD lain. Sebahagian daripada mereka pula ialah guru opsyen Sains. Oleh itu, saya amat berharap agar kekosongan guru opsyen sains di sekolah-sekolah tersebut dapat diisi oleh saya memandangkan saya juga mempunyai pengalaman sebagai guru Sains Tahun 6. Antara sekolah yang bakal mempunyai kekosongan guru opsyen Sains ialah Sekolah Kebangsaan ________

5. Saya amat berharap agar rayuan permohonan pertukaran saya ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Tiada apa yang lebih membimbangkan saya melainkan keadaan kesihatan dan keselamatan isteri saya. Selain itu, saya amat merayu agar pihak tuan dapat memberi sedikit belas dan ihsan memandangkan saya terpaksa berulang alik setiap minggu dari _______ ke________ sejak bulan Ogos dan hal ini melibatkan kos perbelanjaan yang agak tinggi.

Segala jasa baik, perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 


Yang Benar,


...............................
(NAMA)

sk Pegawai Pendidikan Daerah _____,
Pejabat Pendidikan Daerah _______, 
Poskod dan Daerah,
Sarawak.
(u.p. Unit Pengurusan Sekolah) 

[RASMI] Contoh Surat Rayuan Pertukaran Guru (EgTukar) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan