[RASMI]-Filem Bunga Dan Kayu


Timeline Cover
Timeline Cover
Filem Bunga Dan Kayu

Filem Bunga dan Kayu dibintangi penyanyi rap terkenal tanah air, MK K-Clique bergandingan dengan penyanyi kumpulan De Fam, pengacara serta model, iaitu Azira Shafinaz.

Selain MK K-Clique dan Azira Shafinaz, Filem Bunga Dan Kayu juga dibarisi pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar Saisi, Elly Arifin serta finalis Big Stage, Yazmin Aziz.

Filem Bunga Dan Kayu ditayangkan bermula 3 Mei 2022, boleh tonton di saluran 480 Astro First.

Filem Bunga Dan Kayu di bawah arahan Wann Hafiz ini mempertontonkan sinematografi yang menarik dan hasil terbitan oleh penerbit dan produksi filem Hantu Kak Limah, Sangkar, J Revolusi dan Infinitus Gold. Penggambaran dibuat di Berjaya Hills Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang.

Berbeza daripada watak sebelum ini yang pernah dilakonkan, kali ini MK K-Clique tampil berbeza menerusi watak romantis buat pertama kalinya menerusi filem Bunga Dan Kayu, sebuah filem romantik komedi kekeluargaan.

filem bunga dan kayu full movie astro first

FILEM BUNGA DAN KAYU

Tarikh Tayangan : 3 Mei 2022
Siaran TV : Astro First 480
Penualis skrip : Fairul Nizam & Modee
Pengarah : Wann Hafiz
Produksi : Infinitus Gold Sdn Bhd
Genre : Romantik Komedi

PELAKON BUNGA DAN KAYU

MK K-Clique sebagai Noah
Azira Shafinaz sebagai Bunga
Zalif Sidek sebagai Farhan
Yazmin Aziz sebagai Pretty
Elly Arifin sebagai Zara Iman
Kazar Saisi sebagai Hameed
Azad Jasmin sebagai Encik Badri

SINOPSIS BUNGA DAN KAYU

Noah (MK K-Clique) adalah seorang selebriti terkenal tanah air. Noah sengaja memilih Bunga (Azira Shafinaz) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon.

Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1001 bencana, bukan hanya pada Bunga tetapi Noah juga.

Filem Bunga Dan Kayu Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan