[RASMI]-Persiapan Raya 2022 Dah Buat Ke Tu?


Timeline Cover
Timeline Cover
Persiapan Raya 2022 Dah Buat Ke Tu?
Pejam celik pejam celik, hari raya bakal tiba. Dah buat persiapan raya ke tu? Nampaknya Raya Aidilfitri 2022 lebih meriah berbanding 2 tahun sebelum ni. 2 tahun sambut Raya Aidilfitri di perantauan sebab tak boleh merentas daerah, nak rentas negeri lagilah tak boleh.

Bukan je tak boleh merentas, nak berkunjung pun boleh. Dia macam serba salah. Risau kalau pembawa virus dan terkena virus. Dah tentu sambutan Raya Aidilfitri tahun ni lebih meriah. Dalam masa yang sama jagalah SOP.

Raya meriah, persiapan raya pun mesti turut meriah. Kan? Baju raya 2 tahun lepas tu belum sempat jalan beraya lagi. Setakat ambil gambar raya pertama je pergi dia. 

Persiapan Raya 2022 - Baju Raya

Senarai persiapan raya

  • Kuih raya
  • Baju raya 
  • Tudung raya
  • Kasut raya
  • Beg tangan raya
  • Dekorasi rumah raya
  • Duit raya

Kuih raya

Bab kuih raya ni saya bukan pakar. Setakat kuih mudah mudah dan confirm jadi tu bolehlah nak membuatnya. Macam kuih cornflakes madu ke, popia nestum ke pandailah juga. Kuih jenis biskut biskut tu lansung tak pandai. Biasanya akan beli je.

Tahun ni biskut apa trending ye? Rasa macam dah lama tak makan minum almond london. Beli kuih almon london pun okay jugak kan.

Kuih Almond London

Baju raya

Yang penting baju raya baru kena ada walaupun baju raya 2 tahun raya tertangguh tu masih ada. Mujur lah tak ada penambahan saiz. Baju raya beli online je sudah. Malas nak bersesak dengan orang ramai. Tahu je lah bila tiba musim perayaan ni sesak dia macamana, sakan masing masing membeli belah.



Tahun ni tema klasik raya ye. Tema warna apa tahun ni, tunggu reveal masa raya nanti lah macam biasa.

Tudung raya

Tudung raya pun dah siap-siap beli. Beli awal tak kalut. Songkok suami tak payah beli dah. Lelaki ni selagi elok dan boleh dipakai tak ada nya nak beli baru pun. Lagipun simpan elok je dalam kotak. Pakai bila perlu je. Masa raya je lah pakai pun. Kalau ke masjid, berkopiah je.

Tudung raya 2022

Tudung raya merah tu beli sebab offer tapi tak mengikut tema warna baju raya kot. Lagi satu untuk matching dengan tema warna anak buah kahwin 5 Syawal nanti. Tudung yang mengikut tema baju raya akan menyusul. Pun beli online sebab ada sale. Kita terbeli wak!

Kasut raya dan beg tangan raya

Kasut raya dan beg tangan raya tu macam nak kena beli sebab selama 2 tahun raya ni tak beli baru pun. Sibuk beli baju raya, hand beg pun dah mula mengelupas kulit tanda tanda kena beli baru. Kasut lansung tak berbeli sejak PKP.

Nampak tak cacat dah sebelah kasut tu. Selagi tak barai kita guna. 

Kasut Raya 2022

Beg tangan pun dah mula tercarik dan ada part dah mengelupas sikit. Kiranya ada alasan lah nak dapat kasut dan beg tangan raya baru kan.

Beg tangan raya 2022

Dekorasi rumah raya

Terpaling wajib adalah dekorasi raya. Kemas kemas rumah je tak serba baru pun. Bagi buang habuk, susun atur perabot tukar posisi sikit barulah rasa aura raya tu. Bulan puasa ni kita kemas sikit sikit. Nak kemas sekali harung memang tak larat.

Dekorasi rumah raya 2022

Saya suka konsep minimalist je. Tak sarat dengan dekorasi.  Asalkan sedap mata memandang.

Dekorasi rumah raya 2022

Bila cuaca panas, paling tak larat nak mengemas rumah. Lepas tu confirm berpeluh sakan. Dah berpeluh, kulit muka berminyak boleh mengundang Cik Jerawat datang melawat! Ahhh ghisauuuu...

Dah berpenat berpeluh mengemas, mandi! Lepas cuci muka pakai toner, pakai pelembap Aqua Moisturing Cream Hansaegee Nature

Aqua Moisturing Cream Hansaegee Nature

Suka sangat dengan tekstur Aqua Whitening Cream moisturizer yang ringan, mudah meresap dan tak melekit. Sapu sapu dah kering meresap. Selesa betul pakai sebab dia jenis water based dan ada effect water drop tu. Auto lembap kulit bila pakai. 

Aqua Whitening Cream moisturizer

Biar kulit sihat cantik, nanti tak perlu makeup beria di hari raya. Tak gitu?

Duit raya

Rasanya sejak COVID-19 melanda, tradisi pemberian duit raya kurang meriah. Sebab tak dapat pergi beraya kan. Ada tu ada, cuma kurang lah. Tahun ni pemberian duit raya ikut bajet masing-masing. Ramai yang terkesan pendapatannya sejak COVID-19 datang.

Perasan juga tahun ni macam kurang orang order sampul duit raya. Dia macam ni, kalau ada bajet lebih tu, adalah rezeki duit raya.

Sampul duit raya hipster 2022

Saya pun, anak buah dah ramai yang besar besar habis sekolah dan bekerja. Yang kecil tinggal beberapa orang je. Duit pun tak tukar lagi kat bank. Entah sempat ke tidak. 

Rasanya raya tahun 2022 lebih meriah bila berkumpul ramai-ramai. Lagi pulak anak buah akan kahwin dalam masa terdekat, meriahlah merewang buat persiapan.

Persiapan beraya berdua, beginilah kisahnya. Yang berkeluarga besar mesti lagi banyak persiapan nak dibuat. Lepas tu pening nak raya mana dulu tahun ni. Kan? 

Saya #teamjohor tahun ni. 

Persiapan Raya 2022 Dah Buat Ke Tu? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan