[RASMI]-Telefilem Mania Di TV2


Timeline Cover
Timeline Cover
Telefilem Mania Di TV2

Telefilem Mania Di TV2

Saksikan telefilem Mania yang akan bersiaran dan temui penonton pada 27 April 2022 bersamaan hari Rabu pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan strim secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini diterbitkan oleh Nasharudi dengan syarikat produksi Multinet Aim Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah ternama Along Kamaludin dengan hasil nukilan skrip oleh Irwan Mansor

Sinopsis Telefilem Mania

Antara pelakon yang membintangi telefilem Mania seperti Wanns Ahmad, Ashiqin Kamal, Hairie Othman, Azeela Shadan, Dazrin Kamarudin, Fimie Don dan ramai lagi

Ianya mengisahkan tentang tentang Adib (Wanns Ahmad) iaitu seorang pelajar kolej yang sedang mencari seseorang untuk jatuh cinta. Akhirnya Adib jatuh cinta dengan Erin (Ashiqin Kamal) iaitu seorang janda yang dikenalinya di media sosial selepas mereka semakin rapat.

Pada awal pertemuan, Erin agak keberatan untuk meneruskan hubungan kerana jarak perbezaan umur dan darjat keluarga yang berbeza. Namun, Adib tetap bertegas untuk meneruskan hubungan kerana amat mencintai Erin walau apa pun dugaan yang mendatang.

Adib bagaimanapun tidak mengetahui hubungannya dengan erin bakal merubah hidupnya secara total. Apakah mania? Siapakah yang mania? Apakah benar bagai dikata cinta mampu mendorong seseorang menjadi gila.

Telefilem Mania Di TV2

Telefilem Mania Di TV2 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan