[RASMI]-Filem Tiga Janda Melawan Dunia


Timeline Cover
Timeline Cover
Filem Tiga Janda Melawan Dunia
Filem Tiga Janda Melawan Dunia, sebuah filem komedi lakonan Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim dan ramai lagi. Filem Tiga Janda Melawan Dunia mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 19 Mei 2022diedarkan oleh GSC Movies.

Idea asal filem ini dihasilkan oleh Hyrul Anuar yang juga selaku pengarahnya diinspirasikan daripada keluarganya di kampung. Hyrul Anuar merupakan pengarah iklan yang telah memenangi anugerah antarabangsa di Adfest Asia Pacific Advertising Festival dan ini merupakan filem pertama arahannya. 

Filem Tiga Janda Melawan Dunia

FILEM TIGA JANDA MELAWAN DUNIA

Mula tayangan : 19 Mei 2022
Idea asal : Hyrul Anuar
Penulis skrip : Hyrul Anuar, Nazri Vovinski
Pengarah : Hyrul Anuar
Produksi : Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media.
Diedarkan oleh : GSC Movies
Genre : Komedi

PELAKON TIGA JANDA MELAWAN DUNIA

Khatijah Tan sebagai Midah
Normah Damanhuri sebagai Rohayu
Raja Azura sebagai Ani
Norman Hakim sebagai Aiman Zalini
Rosnah Mat Aris
Ellyza Azizi
Abbas Mahmood

SINOPSIS TIGA JANDA MELAWAN DUNIA

Midah, Rohayu dan Ani adalah tiga janda yang tinggal di sebuah kampung dan merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini. Apabila beliau mengumumkan persaraannya dan bakal mengadakan konsert terakhir untuk peminatnya, ketiga-tiga janda berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert. Pelbagai usaha mereka lakukan namun masih belum berjaya.

Setelah mendapat inspirasi daripada seorang peniaga di kampung, akhirnya mereka menghasilkan perisa vape dengan bantuan seorang pembantu makmal. Perisa yang mereka hasilkan mendapat sambutan hangat namun malangnya perisa Vape mereka ini mendapat perhatian pengedar dadah. 

Ini kerana perisa vape mereka boleh menghentikan ketagihan dadah. Di dalam kegirangan mereka untuk ke konsert tanpa mereka sedari kini mereka diburu!

Filem Tiga Janda Melawan Dunia Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan