[RASMI]-Jadual Perlawanan Bola Sepak AFC Piala Asia B23 2022 Uzbekistan


Timeline Cover
Timeline Cover
Jadual Perlawanan Bola Sepak AFC Piala Asia B23 2022 Uzbekistan
Jadual Perlawanan Kejohanan Bola Sepak AFC Piala Asia B23 2022 Uzbekistan

Selepas mengharungi Sukan Sea Vietnam 2021, skuad Harimau Muda meneruskan cabaran yang lebih besar iaitu dalam kejohanan bola sepak AFC Piala Asia B23 2022 Uzbekistan yang berlangsung bermula 1 Jun hingga 19 Jun 2022 di Tashkent, Uzbekistan.

BACAKeputusan Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA Hanoi 2021/2022

Kali ini Malaysia akan berdepan cabaran yang lebih besar apabila bakal bertemu pasukan bola sepak terhebat di rantau Asia dalam acara dwi-tahunan AFC U23 Asian Cup 2022 yang sebelum ini juga digelar sebagai AFC U22 Championships.

Kejohanan ini sepatutnya dijadualkan berlangsung pada awal Januari yang lalu tetapi terpaksa ditunda ekora pandemik yang masih lagi meruncing ketika itu. Kini ianya sudah memasuki edisi ke-5 dimana buat pertama kali berlangsung pada tahun 2012.

Terdapat 16 pasukan yang layak untuk kejohanan kali ini dan mereka akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap darinya terdiri daripada 4 pasukan. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Thailand, Vietnam dan bekas juara edisi 2022 iaitu Korea Selatan.

BACA : Senarai Penuh Undian Bagi Setiap Kumpulan

Kejohanan : AFC Piala Asia B23 2022 Uzbekistan
Tempoh : 1 Jun - 19 Jun 2022
Bertempat : Taskent, Uzbekistan

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan AFC U23 Asian Cup 2022 Uzbekistan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai rasmi 23 pemain dalam skuad Harimau Malaya B-23 bagi kejohanan kali ini.

Ketua Jurulatih, Brad Maloney masih menaruh harapan kepada barisan pemain yang sama seperti di Sukan Sea 2021 baru-baru ini disamping tambahan 3 pemain baru iaitu Muhammad Rahadiazli Rahalim, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan dan Muhammad Shafi Azswad Sapari.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan AFC U23 Asian Cup 2022 Uzbekistan

Jadual & Keputusan Perlawanan Kejohanan AFC Piala Asia B23 2022 Uzbekistan

Kejohanan kali ini akan bermula dengan peringkat kumpulan bermula 1 hingga 9 Jun 2022. Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan meneruskan cabarang di peringkat kalah mati iaitu suku akhir pada 11 dan 12 Jun 2022, kemudian separuh akhir pada 15 Jun manakala final pada 19 Jun 2022.

Untuk peminat bola sepak tanah air, anda boleh saksikan perlawanan siaran langsung melibatkan pasukan negara menerusi saluran Astro Arena 2 802 atau strim secara online di astrogo.astro.com.my dan Sooka.my.

Berikut merupakan senarai penuh jadual bagi setiap perlawanan terutamanya yang melibatkan pasukan bola sepak Malaysia dalam kejohanan AFC Piala Asia B23 2022 Uzbekistan mengikut waktu Malaysia.

p/s : keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas habis perlawanan

1 Jun 2022 - Rabu

  • Iran (1) - (1) Qatar
  • Australia (2) - (0) Kuwait
  • Uzbekistan (1) - (0) Turkmenistan

2 Jun 2022 - Khamis

  • Jordan (1) - (1) Iraq
  • Thailand (2) - (2) Vietnam
  • Korea Selatan (4) - (1) Malaysia
    • Sang-Min Lee 31'
    • Tae-Hwan Kim 48'
    • Mukhairi bin Ajmal 83'
    • Young-Wook Cho 88'
    • Young-Wook Cho 92'

Kumpulan C
Masa : 9.00 PM
Venue : Lokomotiv Stadium, Tashkent
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3 | Astro Arena 2 802

3 Jun 2022 - Jumaat

  • UAE (1) - (2) Jepun
  • Saudi Arabia (5) - (0) Tajikistan

4 Jun 2022 - Sabtu

  • Turkmenistan (2) - (1) Iran
  • Iraq (1) - (1) Australia
  • Qatar (0) - (6) Uzbekistan

5 Jun 2022 - Ahad

  • Kuwait (0 - (1) Jordan
  • Vietnam (1) - (1) Korea Selatan
  • Malaysia (0) - (3) Thailand
    • Suphanat 23'
    • Channarong 69'
    • Suphanat 73'

Kumpulan C
Masa : 11.00 PM
Venue : Bunyodkor Stadium, Tashkent
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3 | Astro Arena 2 802

*Malaysia terkeluar daripada siangan apabila menerima kekalahan kedua berturut-turut tanpa sebarang mata

6 Jun 2022 - Isnin

  • Jepun (0) - (0) Saudi Arabia
  • Tajikistan (0) - (2) UAE

7 Jun 2022 - Selasa

  • Australia (1) - (0) Jordan
  • Iraq (3) - (1) Kuwait

8 Jun 2022 - Rabu

  • Qatar VS Turkmenistan
  • Uzbekistan VS Iran
  • Korea Selatan VS Thailand
  • Vietnam VS Malaysia

Kumpulan C
Masa : 9.00 PM
Venue : Lokomotiv Stadium, Tashkent
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2 | Astro Arena 2 802

9 Jun 2022 - Khamis

  • Jepun VS Tajikistan
  • Saudi Arabia VS UAE

11 Jun 2022 - Sabtu (Suku Akhir)

  • TBC VS TBC [9.00PM]

12 Jun 2022 - Ahad (Suku Akhir)

  • TBC VS TBC [12.00AM]
  • TBC VS TBC [9.00PM]

13 Jun 2022 - Isnin (Suku Akhir)

  • TBC VS TBC [12.00AM]

|

15 Jun 2022 - Rabu (Separuh Akhir)

  • TBC VS TBC [9.00M]

16 Jun 2022 - Khamis (Separuh Akhir)

  • TBC VS TBC [12.00AM]

|

18 Jun 2022 - Sabtu (Tempat Ke-3)

  • TBC VS TBC [9.00PM]

19 Jun 2022 - Ahad (Final)

  • TBC VS TBC [9.00PM]

Sekiranya anda ingin dapatkan livescore, statistik penuh dan info bagi setiap perlawanan, anda boleh rujuk di laman web rasmi AFC di www.the-afc.com/afc_u23_asian_cup

Jadual Perlawanan Bola Sepak AFC Piala Asia B23 2022 Uzbekistan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan