[RASMI]-Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3


Timeline Cover
Timeline Cover
Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3

Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3

Saksikan telefilem komedi seram Geng Van Jenazah yang bakal menemui penonton semula pada 28 Mei 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam di slot Cerekarama TV3 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini diarahkan oleh Jamal Khan dengan hasil penulisan skrip oleh Mejar Zainal Hajat dan Zamri Mahmud serta diterbitkan oleh syarikat produksi Cinema Stage Production Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Geng Van Jenazah

Telefilem Geng Van Jenazah menampilkan barisan pelakon seperti Tomok, Issey Fazlisham, Elisya Sandha, Aepul Roza, Azhan Rani, Wan Sharmila, Reen Rahim, Che Mat Raja Lawak, Shah Sulaiman, Aleza Shadan dan ramai lagi.

⏩ Tonton Geng Van Jenazah - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang Husin (Tomok) iaitu seorang pemandu van jenazah yang bersahabat baik dengan Mail (Issey Fazlisham).

Suatu hari Husin menerima panggilan untuk mengambil jenazah Pak Tam (Azhan Rani) yang meninggal dunia akibat makan durian. Husin dan Mail dikehendaki menghantar jenazah Pak Tam ke kampung asalnya.

Dalam perjalanan menghantar Pak Tam ke kampung asalnya, Mail menerima panggilan daripada kekasihnya, Sharifah (Elisya Sandha) yang ingin berjumpa kerana dipaksa bertunang dengan orang lain.

Kerana kesuntukan masa Sharifah dibawa bersama, dan mereka menggunakan jalan pintas. Macam-macam hal dan kejadian berlaku.

Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3

Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3

Telefilem Geng Van Jenazah Di TV3 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan