"Apakah jenama laptop yang terbaik, laptop paling bagus?", soalan yang sering terlintas setiap kali ingin membeli laptop baru.
Berikut ialah carta jenama laptop terbaik dari tahun 2011 hingga tahun 2015 yang telah dinilai antara beberapa pengeluar laptop terbesar di dunia.
Kriteria penilaian keseluruhan mengambil kira pada kualiti laptop, inovasi, design reka bentuk, audio, sokongan teknikal, harga, variasi model yang ditawarkan, dan beberapa kriteria lain.
1. Apple
Apple mengekalkan tempat pertama untuk 5 tahun berturut. Laptop Apple seperti MacBook Air telah menerima ulasan yang sangat baik dari blog teknologi di serata dunia. Kekuatan Apple pastinya pada sistem operasi OS Apple itu sendiri, bersama sokongan software terbina yang dibawakan bersama. Prestasi laptop berprestasi tinggi, kualiti audio bunyi dan papan kekunci yang baik dan sokongan teknikal yang cemerlang menjadikan Apple 'raja laptop' dunia buat masa kini. Jika anda biasa atau mudah belajar untuk menggunakan sistem operasi Apple dan memiliki bajet yang tinggi, laptop Apple adalah pilihan yang terbaik.
2. Dell
Melompat ke tempat kedua, Dell mula mendaki dari prestasi yang kurang baik pada 2 tahun ke belakang. Laptop Dell membawakan inovasi baru, dan kualiti bunyi yang baik dan pemilihan penawaran yang pelbagai pada harga yang baik menjadikan ianya berbaloi untuk dimliki.
3. HP
Di tangga ke empat tahun lalu, HP meningkat ke tempat ketiga tahun ini. Reka bentuk laptop yang menarik dan kualiti audio bunyi merupakan kekuatan HP.
Kriteria penilaian keseluruhan mengambil kira pada kualiti laptop, inovasi, design reka bentuk, audio, sokongan teknikal, harga, variasi model yang ditawarkan, dan beberapa kriteria lain.
+ Carta jenama laptop terbaik di atas boleh dijadikan panduan asas untuk membeli laptop berdasarkan jenama, namun tidak menggambarkan sesuatu model laptop yang ditawarkan di pasaran.
0 comments:
Catat Ulasan