[RASMI]-Cara Beli Tiket Bola Online di TiketBola.com.my


Timeline Cover
Timeline Cover
Cara Beli Tiket Bola Online di TiketBola.com.my

Nota: TiketBola kini dikenali dengan nama Stubapp

Berita baik untuk peminat bola di Malaysia, anda kini tidak perlu beratur panjang untk membeli tiket. Tiket bola Liga Malaysia kini boleh dibeli di mana-mana, pada bila-bila masa secara online di rumah atau di pejabat. TiketBola.com.my telah menjalankan kerjasama dengan beberapa pihak pengurusan pasukan Liga Malaysia untuk menyediakan platform penjualan tiket secara online. 

Cara Pembelian Tiket Bola di TiketBola.com.my


Daftar / Log Masuk


2. Tekan butang LOG MASUK di menu sebelah atas kanan, atau terus ke laman login


3. Jika anda belum memiliki akaun di TiketBola.com.my, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu. Sila langkau terus ke langkah no. 4, jika anda sudah memiliki akaun. 

Klik tab DAFTAR dan seterusnya anda boleh pilih untuk mendaftar akaun mengikut pilihan yang disediakan iaitu menggunakan akaun Facebook, akaun Twitter atau daftar akaun baru di TiketBola.com.my. Sila ikut langkah pendaftaran sehingga selesai.


4. Bagi anda yang sudah memiliki akaun, pada tab LOG MASUK, sila login ke akaun anda. Masukkan email dan kata laluan. Jika anda mendaftar di TiketBola menggunakan akaun Facebook/Twitter, sila tekan butang Facebook Login atau Twitter Login. 


Tempahan Tiket

5. Kembali ke halaman utama, http://www.tiketbola.com.my/ , sila pilih tiket perlawanan yang anda ingin beli. Tekan Butang BELI TIKET.


6. Anda akan dibawa ke halaman Pembelian/Tempahan Tiket. Sila pilih jenis tiket (Terbuka/Berbumbung), dan kuantiti bagi setiap tiket (Dewasa/Kanak-kanak) yang ingin dibeli.

Anda hanya boleh membeli maksimum 5 tiket bagi setiap transaksi pembelian. Ringkasan pembelian/tempahan seperti harga tiket, kuantiti, caj proses, caj pengendalian dan jumlah perlu dibayar juga dipaparkan.

7. Jika anda berpuas hati, sila tanda (tick) pada "Saya bersetuju dengan terma dan syarat www.tiketbola.com.my." dan tekan butang BAYAR TIKET.


Pembayaran

8. Anda akan dibawa ke halaman Troli Beli Belah, yang memaparkan maklumat tempahan anda dan cara pembayaran. Sila pilih cara pembayaran yang anda ingin gunakan.

TiketBola.com.my menyediakan kaedah pembayaran melalui:
  • BANK ONLINE - Perbankan talian melalui FPX - MAYBANK2U, CIMBCLICKS, RHBNOW, AMONLINE, HONG LEONG CONNECT, BANK ISLAM, ALLIANCE ONLINE dan PBEBANK. 
  • TUNAI - Pembayaran secara tunai pula boleh dibuat di 7-Eleven melalui MOLPAY Cash. 


A. Pembayaran Melalui Bank Online
- Klik butang BANK ONLINE.
- Anda akan dibawa ke laman perbankan Internet BillPlz.
- Sila pilih pembayaran melalui FPX atau terus melalui CIMB Clicks.


FPX
- Sila tick pada bank pilihan anda.
- Tekan butang "Agree and Continue"
- Log masuk ke akaun perbankan online anda dan teruskan proses pembayaran.
- Selepas proses pembayaran berjaya, jangan tutup (close/tekan butang pangkah) tab pembayaran perbankan online anda tadi.
- Tekan butang OK atau seumpamanya, dan tunggu sehingga paparan kembali ke laman TiketBola.com.my
- Status pembayaran berjaya akan dipaparkan.
Pembayaran Melalui FPX.


CIMB Clicks
- Paparan log masuk CIMB Clicks akan dipaparkan.
- Log masuk akaun CIMB Clicks anda dan teruskan proses pembayaran.
- Selepas proses pembayaran berjaya, jangan tutup (close) tab CIMB Clicks tadi.
- Tekan butang "OK" dan tunggu sehingga paparan kembali ke laman TiketBola.com.my.
- Status pembayaran berjaya akan dipaparkan.
Pemabayaran terus melalui CIMB Clicks


B. Pembayaran Melalui Tunai
- Klik butang TUNAI
- Anda akan dibawa ke laman MOLPay.
- Semak butiran, dan tick pada "I here by agree.... " dan tekan butang "Proceed"
- Ikuti arahan seterusnya, dan kod QR akan dijana.
- Cetak pada kertas atau screenshot barkod menggunakan smartphone.
- Bawa barkod ke mana-mana kedai 7-Eleven terdekat (pembayaran dalam masa 4 jam selepas kod dijana)
- Cakap hendak bayar melalui MOLPay Cash
- Scan kod di smartphone dan bayar.

Pembayara tunai melalui MOLPay


e-Tiket (Slip Pembelian)

9. Setelah bayaran selesai, semak pembelian anda di profil akaun TiketBola anda atau buka email yang digunakan semasa mendaftar untuk mendapatkan e-Tiket iaitu slip pembelian yang mengandungi kod QR, butiran perlawanan dan kaunter masuk di stadium.

Car semak pembelian dan mendapatkan kod QR selepas pembayaran:
  • Cara 1: Pada laman utama tiketbola.com.my, tekan menu TIKET SAYA atau klik disini 
  • Cara 2: Pada laman utama tiketbola.com.my, tekan menu PROFIL ANDA atau klik disini 


Pada halaman Profil Anda, tekan butang BUTIRAN pada tiket berkenaan.

Pada halaman Butiran, tekan butang LIHAT TIKET



10. Sila screenshot melalui telefon bimbit anda slip tempahan e-Tiket yang mengandungi kod QR, atau anda boleh cetak pada kertas, untuk tujuan penebusan tiket di kaunter khas stadium, atau bagi stadium yang menggunapakai sistem tanpa tiket, anda hanya perlu bawa kod QR terus ke pintu masuk yang dinyatakan dalam slip e-Ticket.


Penebusan Tiket

1. Penebusan tiket boleh dibuat pada tarikh, masa dan kaunter tebusan/pintu masuk tanpa tiket akan dinyatakan dalam slip tempahan anda.

2. Bagi stadium yang menggunakan sistem tanpa tiket (ticketless), tiada penebusan tiket yang perlu dilakukan. Anda hanya terus ke pintu masuk khas sistem tanpa tiket yang ditetapkan sepertimana tercatat pada slip e-Ticket. Anda boleh memasuki stadium dengan hanya mengimbas kod QR sahaja.

3. Sila kemukakan slip tempahan yang terdapat kod QR (salinan elektronik screenshot pada smartphone juga diterima) dan bawa bersama kad pengenalan/passport anda, di kaunter tebusan tiket/kaunter masuk.

4. Pihak ketiga tidak dibenarkan untuk menebus tiket.


Untuk keterangan lanjut dan FAQ (Soalan Lazim) sila ke laman FAQ TiketBola.com.my
Cara Beli Tiket Bola Online di TiketBola.com.my Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan