[RASMI]-Drama Mamat Muka Selenga lakonan Azrel dan Izreen


Timeline Cover
Timeline Cover
Drama Mamat Muka Selenga lakonan Azrel dan Izreen

Sinopsis drama Muka Selenga, mengisahkan kehidupan Fahmi dan Fatihah yang tinggal berjiran. Apa saja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya.

Info terbaru, drama ini telah ditukar tajuk kepada Lelaki Macam Dia.

Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya. Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu.

Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi.

Lakonan Azrel Ismail, Izreen Azminda, Akhmal Nazri, Zera Hariz, Sharisa Haris. Terbitan Country Universal Sdn Bhd, arahan Hashim Rejab, novelis Aliesha Kirana.

Drama terbaru Azrel adalah Menantu Ting Tong yang bakal bersiaran di TV3 Slot Dahlia.

Saksikan nanti drama Mamat Muka Selenga bersiaran 20 episod bermula pada 18 Julai, setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria dan Ria HD, saluran 104 dan 123.
Drama Mamat Muka Selenga lakonan Azrel dan Izreen Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan