"Sejak tempahan dibuka pada Februari 2016, Proton Perdana sudah menerima kira-kira 900 tempahan dari seluruh negara dan kami menjangkakan untuk menjual kira-kira 3,000 unit menjelang akhir tahun," kata Ahmad Fuaad.
Credit to paultan.org
Proton Holdings Bhd memperkenalkan Proton Perdana generasi ke-4 yang ditawarkan dengan dua varian yang dijual pada harga dari RM113,438 hingga RM138,888 seunit. Proton Perdana adalah model yang dinanti-nantikan pasaran, tampil dengan reka bentuk berintegrasi dinamik dan anggun sekali gus menjanjikan pemanduan yang menyeronokkan.
Pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hadir sama pada majlis itu Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ahmad Fuaad Kenali di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri MITI II, Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.
Pelancaran Proton Perdana baharu menandakan kembalinya Proton ke dalam segmen D dengan tawaran dua varian iaitu 2.0 dan 2.4 liter yang menampilkan kereta sedan eksekutif yang sofistikated serta bergaya.
Dibina oleh Proton dengan kerjasama strategik bersama Honda Japan Ltd di bawah inisiatif perkongsian platform, Proton Perdana baharu itu dipertingkatkan dari segi pengendalian kereta dan keselesaan.
PROTON juga membuat penambahbaikan dari segi ekstetik dan aerodinamik bagi memenuhi keperluan pasaran semasa. ?- BHarian
0 comments:
Catat Ulasan