Pada setiap musim perayaan, khususnya Hari Raya Aidilfitri yang disambut saban tahun, kemunculan iklan atau filem pendek hari raya bakal menghiasi kaca televisyen. Sudah menjadi kebiasaan bagi syarikat-syarikat ternama di Malaysia untuk menghasilkan sebuah iklan Hari Raya untuk menyampaikan mesej mereka yang penuh dengan maksud tersirat dan sekaligus memeriahkan lagi suasana Hari Raya.
Berikut adalah himpunan / koleksi video Iklan atau filem pendeak Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2016:
Petronas - Adik #BolehAdikIkut
Kasih sayang tidak mengenal siapa kita.
Petronas - Vroom Vroom
Kebaikan ikhlas diberi, kebahagiaan sama dirasai
Samsung Malaysia - Siberturahim
Walau masa mengubah cara, kasih keluarga tetap utama.
Tenaga Nasional (TNB) - #LepasTu
Tiada kesilapan yang tidak boleh dimaafkan.
Breeze
Disebalik setiap kotoran, ada kemurahan hati.
Astro #Berikan Masa - Kisah Benar Zika
Masa. Anugerah paling bermakna..... Adakah masa buat anda terluka? Adakah masa buat anda tidak menghargai segala-galanya?
Telekom Malaysia (TM) - Rezeki Yang Dikongsi Lebih Diberkati
Di hari yang mulia ini, semoga amalan berkongsi sentiasa berterusan dan agar ikatan silaturahim sesama insan dapat dieratkan. Rezeki yang dikongsi lebih diberkati.
TV3 - #SyukurSelalu
#SyukurSelalu
TV3 - Ramadan Raya Dulu vs Ramadan Raya Sekarang
Walau bagaimana cara meraikannya, tradisi dan pertalian tetap satu.
Kleenex
Haruman yang menggamit memori terindah bersama yang tersayang
PNB - Aku Bawa hari Raya Kepada Engkau
Berkongsi kecerian, berkongsi kemakmuran
Mydin - #SelaluDiHati
Selagi nama terukir di hati, selamanya kasih tidak akan berhenti
Maxis - #SariKataHati
Moga maksud yang tersirat tersentuh di hati. Bukan sekadar di Hari Raya.
Watsons - #RayaNiMestiCun
Pengembaraan Kiah Selfie, Siti Tudung dan Limah Skema
Kasut You -Tiada Yang Lama, Tiada Yang Baru
Kadang kala tidak semua yang lama perlu dilupakan,
Memori yang lama membuatkan kita lebih menghargai yang baru,
Tiada yang lama...Tiada yang baru
Guardian - Pontianak Si Jelita? Biar Betul
Gaya sama-sama, Raya sama-sama.
BSN - Pengacau Balik Raya
Bila ada keihklasan, eratlah jalinan persaudaraan
Maybank
Hari Raya is about getting together with our loved ones to seek forgiveness, embrace the spirit of togetherness and create long-lasting memories
Bank Rakyat - Indahnya Lebaran Raya
Lagu Raya Bank Rakyat 2016. Nyanyian Shuib Sepahtu dan Mark Adam
Daikin
Hargailah detik bersama orang tersayang
Maghfirah - #ErtiRaya
Raya mengajar kita untuk berkorban untuk memberi kebahagian kepada insan lain, dan kemudian kita akan dapat kebahagian yang kita cari.
MYNIC - #BahuluEmak
Tawa dan duka kita bersama, lebaran disambut sehati sejiwa.
SkyWorld
Ruang berbeza, masa berubah. Kasih sayang tetap ramuan asas
Nota: Artikel ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Iklan mana yang paling gempak dan menyentuh hati anda?
0 comments:
Catat Ulasan