[RASMI]-Mira Filzah bengkak mata


Timeline Cover
Timeline Cover
Mira Filzah bengkak mata
Mira

Pelakon Mira Filzah yang kini berada di Terengganu bagi melunaskan penggambaran drama Meh Sandarkan Pada Aku baharu mengakui agak tertekan apabila berdepan dugaan demam menjelang dua minggu terakhir di lokasi terbabit.

Pembikinan drama adaptasi novel itu dijadualkan tamat tiga hari sebelum Syawal namun keadaan kesihatannya dan pelakon gandingan, Aliff Aziz membuatkan jadual perlu disusun semula.

"Kami perlu mengejar masa kerana sepatutnya penggambaran berakhir pada 4 Julai tetapi keadaan sukar dijangka apabila Aliff (Aziz) terkena jangkitan mata dan kemudian saya pula demam selain mengalami bengkak pada bahagian sama.

"Kalau ikutkan kami mahu meneruskan kerja walaupun sudah diberi cuti sakit tetapi harap-harap ia hilang dalam tempoh sehari saja kerana kami perlu meneruskan kerja selain tidak mahu jadual sepatutnya 'lari' disebabkan situasi ini.

"Memang sakit yang muncul sukar dijangka namun saya harap esok dapat 'turun' ke lokasi. Sebelum ini saya pernah minta diberikan ubat secara suntikan supaya cepat kebah tetapi pihak klinik tiada bekalan ubat terbabit," katanya mengenai pengalaman di lokasi drama untuk slot Dahlia di TV3 itu.

Selepas menyelesaikan penggambaran di negeri berkenaan, dia menyatakan akan meneruskan semula tugasan untuk drama bersiri sama selepas hari raya yang mengambil latar Kuala Lumpur sebagai lokasi terakhir.

Kali pertama dipadankan dengan Aliff, katanya, mereka tidak berdepan kesukaran untuk mencipta keserasian kerana penyanyi tinggi lampai kelahiran Singapura itu suka bertukar pendapat.

"Biasalah minggu pertama memang agak janggal tetapi berlatih dan bersembang dari pagi hingga ke malam, kami terus mesra. Saya percaya komunikasi dua hala serta perbincangan mampu memantapkan gandingan pelakon.

"Walaupun Aliff memaklumkan sudah lama tidak berlakon, saya nampak dia masih berbisa. Saya sendiri tidak sabar untuk melihat hasilnya." katanya yang akan muncul dengan telefilem raya, Cinta Si Wedding Planner Raya.

Pada masa sama, pelakon berusia 23 tahun itu meluahkan rasa terkilan apabila terpaksa menolak undangan rakaman program raya membabitkan beberapa buah stesen TV berikutan jadualnya yang padat. - BHarian
Mira Filzah bengkak mata Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan