Dalam perkembangan terbaru, Sari Yanti kini sibuk menjalani penggambaran drama Pendidikan Islam Kanak-Kanak, I-Kids dan bakal muncul dengan drama terbaru berjudul Lip Lap Raya yang akan ditayangkan di HpppTV bermula 6 Jun ini.
Tiada siapa mampu menolak takdir Ilahi dan yang berlaku kepada pelakon jelita Sari Yanti apabila bahtera yang dibina bersama ahli perniagaan, Mohd Edy Casmadi Che Hussain pada 16 Januari 2009 berakhir perceraian pada 17 Disember 2014.
Menganggap semua yang berlaku sebagai pengajaran untuk menempuhi kehidupan yang mendatang, dia nekad untuk tidak terlalu memikirkan kisah lama memandangkan kini bahagia membesarkan kedua-dua anaknya, Barr Al-Aliy, 6, dan Basit Al-Haq, 4.
Selepas hampir dua tahun menggalas status ibu tunggal, Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 31 berkata, dia belum terfikir untuk mencari pengganti kerana selesa dengan keadaan sekarang.
�Mungkin kerana sibuk bekerja dan membesarkan anak membuatkan saya tidak terfikir mencari pengganti.
�Lagipun dalam keadaan sekarang, saya tidak pasti adakah bersedia mendirikan rumah tangga semula. Pun begitu, saya tidak menolak andai ada yang ingin berkenalan.
�Bagi saya, biarlah jodoh hadir dengan sendirinya. Saya serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa.
�Buat masa ini, perkahwinan bukanlah prioriti kerana saya pernah laluinya sebelum ini. Fokus utama saya kini adalah untuk menghabiskan masa dengan membesarkan anak,� katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Biarpun pelakon yang popular menerusi drama Kisah Kaisara itu belum bersedia menerima cinta baru, dia mengakui ada ketika dirinya terasa sunyi.
�Siapa yang tidak sunyi apabila hidup bersendirian? Pernah juga terlintas di hati bilakah saya akan berkahwin selepas melihat kawan-kawan mendirikan rumah tangga.
�Apa-apa pun, saya percaya detik itu akan sampai juga. Lagipun, bukankah soal jodoh rahsia Tuhan?,� katanya.
Berbicara mengenai Ramadan, Sari berkata selain sibuk menjalani penggambaran, kali ini sangat mencabar untuknya kerana mahu mendidik putera sulungnya berpuasa.
�Saya mahu mengajar anak sulung berpuasa memandangkan usianya sudah mencecah enam tahun. Setakat ini dia nampak teruja mahu sama-sama berpuasa dengan saya.
�Sebelum Ramadan tiba, dia sudah minta saya mengajarnya niat berpuasa. Peringkat awal ini saya akan memintanya berpuasa setengah hari terlebih dahulu,� katanya yang tidak sesekali mengajar anaknya dengan memberikan ganjaran. - HMetro
0 comments:
Catat Ulasan