�Bidadari menggandingkan Aiman, Beto dan Tya yang terperangkap dalam rasa cinta. Karya ini merupakan sebuah kisah klasik seram yang berkisarkan mengenai percintaan antara tiga individu yang berada dalam dua alam yang sangat berbeza,� kata Osman.
�Telefilem ini harus menampilkan kostum, props dan cara pertuturan yang sesuai dengan latar masa. Pada mulanya, saya agak bimbang apabila menerima tawaran untuk melaksanakan slot Karya 12 ini. Sudah pastinya jangkaan yang diberikan oleh orang ramai berbeza kerana selalunya saya mengarahkan filem di layar perak,� katanya.
�Penghasilan telefilem adalah satu cabaran kerana saya harus memastikan apa yang dipersembahkan itu sesuai dengan tontonan di kaca televisyen nanti. Bidadari ada elemen sinematik dalam penceritaannya.
�Bidadari hampir tidak dapat dilaksanakan kerana saya merasakan ianya sebagai satu projek yang mencabar untuk dijadikan sebuah telefilem. Namun begitu, selepas saya meneliti semula, saya dapat melaksanakan cabaran tersebut dan menyudahkan telefilem Bidadari,� katanya mengakhiri perbualan.
Pelakon Aiman Hakim Ridza dan Beto Kusyairy terperangkap dalam cinta tiga segi dengan aktres kelahiran Indonesia, Tya Arifin.
Kisah cinta mereka itu merupakan antara salah satu babak yang terkandung dalam telefilem Bidadari arahan pengarah tersohor Osman Ali yang bakal ditayangkan menerusi slot Karya 12.
Menampilkan latar masa 1960-an, Osman meluahkan rasa bimbang ketika dirinya berada di awal proses untuk merealisasikan telefilem Bidadari.
Dalam pada itu, Osman juga sempat bercerita mengenai cabaran yang dihadapi olehnya semasa menjalani penggambaran Bidadari.
Jangan lupa saksikan telefilem Bidadari arahan Osman Ali dalam slot Karya 12. Bidadari disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Citra (131) dan Mustika HD (134). Gunakan hashtag #Karya12 #Bidadari untuk berinteraksi mengenai telefilem ini di laman sosial. - AGempak
0 comments:
Catat Ulasan