Pemilik nama sebenar, Siti Aishah Ilias, 29, mengakui rindu kembali berlakon seperti dulu. Lakonan terbarunya drama Meh Sandar Pada Aku yang bakal ditayangkan di TV3.
Selepas berehat seketika untuk memberi tumpuan terhadap keluarga, pelakon jelita Aishah Ilias kini kembali menyemarakkan bidang hiburan tanah air. Bagi pelakon yang menempa nama dalam siri telenovela Cinta Ibadah ini, dia tidak kesal memperlahankan aktiviti seni ketika namanya menjadi sebutan tahun lalu.
�Saya terpaksa memperlahankan aktiviti seni tahun lalu kerana mahu fokus pada keluarga. Pada masa sama, saya membantu menjaga anak saudara, Hanah Sofia yang baru dilahirkan tahun lalu. Maklumlah, kakak saya ibu tunggal dan bukan mudah menguruskan dua anak yang masih kecil sendirian.
�Alhamdulillah, Hanah sudah berusia sembilan bulan. Ibu saya membantu menjaganya di rumah,� katanya.
�Saya sangat meminati bidang ini. Masih banyak watak ingin saya jayakan sekali gus mengasah bakat yang ada.
�Saya juga teringin melakonkan watak berat dan mencabar. Soal watak saya memang memilih, andai tidak sesuai saya tidak akan terima. Kalau boleh saya mahu menjayakan watak epik seperti Puteri Gunung Ledang,� katanya.
Drama terbaru Meh Sandar Pada Aku adalah karya arahan Pian Screw, Aishah bergandingan dengan Mira Filzah, Alif Aziz, Nada Syuhada, Jaja dan ramai lagi.
�Saya melakonkan watak pembantu yang juga sepupu kepada karakter utama lakonan Mira Filzah.
�Watak saya, doktor di makmal kimia manakala adik saudara saya menjalani praktikal di tempat sama. Di situlah bermulanya macam-macam konflik,� katanya.
Apa yang mencabar, kata Aishah, dia bergandingan dengan pelakon baru.
�Biasanya saya berlakon bersama pelakon senior dan berguru dengan mereka tetapi kali ini berbeza.
�Namun, dengan bimbingan pengarah semua pelakon baru berusaha memberikan yang terbaik sepanjang penggambaran,� katanya.
Meskipun bakat baru muncul bagaikan cendawan selepas hujan, dia yang kali terakhir muncul menerusi drama bersiri Kar Mar melihatnya dari sudut positif.
�Melalui pemerhatian saya, pelakon baru lebih kreatif dan banyak idea kerana industri kini lebih terbuka.
�Persaingan adalah sesuatu yang sihat dalam industri seni. Saya juga ingin menjadi contoh dan bertukar pendapat dengan mereka untuk sama-sama memartabatkan bidang lakonan,� katanya yang pernah menjayakan filem Pilot Cafe dan Usin UFO.
0 comments:
Catat Ulasan