Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 23, mendakwa kenyataannya dalam sebuah majalah disalahertikan sebuah blog. "Kenyataan saya disalahertikan. Saya tidak pernah memperlekehkan kerjaya PTD.
Dihambat reaksi netizen berhubung isu kerja di pejabat, bintang baharu, Mira Filzah menjelaskan dia tidak pernah memperlekehkan pekerja pejabat termasuk kakitangan awam yang dilantik sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).
Lakonan terbaru Mira drama Meh Sandar Pada Aku yang bakal disiarkan di TV3.
Pada saya, PTD adalah pekerjaan yang mempunyai masa depan cerah. Banyak peluang untuk berkhidmat dalam pelbagai agensi dalam dan luar negara. "Malah, emak saya menggalakkan saya memohon jawatan PTD sebaik tamat pengajian.
Takkan seorang ibu menggalakkan perkara yang tidak baik?" katanya dalam status yang dimuat naik di laman Instagram. Dalam temuramah dengan sebuah majalah, Mira memberitahu, dia tidak mahu terikat dengan kerja di pejabat kerana menganggap ia membosankan.
Artikel terbabit kemudian dipetik beberapa blog sehingga kenyataan Mira diperdebatkan netizen. Golongan pekerja pejabat mendakwa Mira sengaja memperlekehkan kerjaya mereka. Mira menjelaskan, apa yang dimaksudkan adalah dia lebih suka kerjaya yang tidak mempunyai waktu kerja tetap seperti bidang lakonan.
"Saya bukannya orang yang suka bekerja mengikut waktu pejabat atau masa yang ditentukan. Kadang-kala saya suka bekerja pada waktu pagi dan ada ketikanya hingga 24 jam. "Saya percaya ramai lagi yang sama dengan saya. Harap kenyataan saya tidak diputar belit dan disalahertikan seolah-olah saya memperlekehkan kerjaya yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara kita," katanya. - BHarian
0 comments:
Catat Ulasan