"Cerita sebenarnya, Aliff sudah membeli tiket penerbangan pergi balik ke Sabah, baru-baru ini. Pihak produksi pula ingatkan Aliff sudah sampai di sini (Kuala Lumpur) lebih awal.
"Dari situ tercetusnya salah faham. Perkara kecil saja. Bagaimanapun, saya mewakili pihak produksi ingin memohon maaf kepada Aliff kerana salah faham yang terjadi," katanya ketika dihubungi.
Pengarah syarikat Zeel Production, Fadzil Teh, membuat permohonan maaf kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, berhubung perselisihan faham bersama kru produksi beliau, baru-baru ini.
Fadzil atau lebih mesra dipanggil Haji Zil berkata, perselisihan faham itu berpunca daripada kesilapan pihak produksinya sendiri kerana tidak peka dengan jadual Aliff.
Beberapa minggu lalu Aliff dikatakan mempunyai masalah dengan kru produksi drama Meh Sandar Pada Aku apabila beliau masih berada di Sabah untuk beraya bersama keluarga tunangnya, Bella Astillah, pada hari penggambaran dijalankan iaitu 10 Julai.
Bella secara tidak langsung turut dipalit isu berkenaan kerana dikatakan memarahi kru produksi yang terbabit dan tidak membenarkan Aliff pulang ke sini. Difahamkan, akibat insiden berkenaan, pihak produksi mengalami kerugian besar.
Fadzil bagaimanapun menafikan syarikatnya mengalami kerugian seperti didakwa. Aliff sendiri sudah tampil menjelaskan perkara sebenar, seperti dilaporkan sebuah media dan insiden itu berlaku akibat salah faham.
Fadzil turut berharap, nama Aliff tidak lagi terpalit dengan sebarang kontroversi memandangkan artis kelahiran Singapura itu sudah berubah dan mula fokus terhadap kerjayanya sejak bertunang, Disember tahun lalu.
"Aliff kini jauh lebih berdisiplin berbanding dulu. Sejak bertunang, dia kian matang dan pandai menjaga diri. "Janganlah menganggap dia yang bukan-bukan. Saya pun senang bekerjasama dengan Aliff dan dia turut menyanyikan lagu tema drama Meh Sandar Pada Aku," katanya. - BHarian
0 comments:
Catat Ulasan