[RASMI]-Scha dan Alif Satar berganding dalam telefilem terbaru


Timeline Cover
Timeline Cover
Scha dan Alif Satar berganding dalam telefilem terbaru

Kongsinya lagi, andai mengikut perancangan, penggambaran telefilem membabitkan mereka berdua bakal dimulakan bulan depan.

Fenomena yang dicetuskan Alif Satar menerusi drama Dia Semanis Honey turut membuatkan pelakon, Scha Alyahya teringin untuk bergandingan dengannya. Sekali gus tawaran daripada seorang produser untuk membintangi sebuah telefilem bersama aktor dan hos berkenaan dianggap sebagai impian menjadi kenyataan.

"Saya memang sudah lama ingin berlakon dengan Alif Satar. Saya mengikuti perkembangannya sejak program One In A Million dan kemudian menyerlah dalam Dia Semanis Honey.

"Melihat keterampilannya tidak kira ketika mengendalikan program mahu pun berlakon, beliau cukup bijak dan bersahaja. Vokalnya selaku penyanyi juga menyerlah. Pada masa sama, beliau membuktikan status bapa dan lelaki yang sudah berkahwin bukan penghalang untuk terus melakar kejayaan.

"Bagi saya, status seseorang selebriti juga sangat subjektif. Lihat saja kemampuan dan kesabarannya, drama bersiri yang menggandingkannya dengan Siti Nordiana kini terus menjadi sebutan," katanya.

Pelakon yang selesa disapa Scha itu berkongsi perkembangan terbaharu ketika ditemui pada majlis pelancaran dan rumah terbuka premis makanan Rumah Kueh milik Rita Rudaini, Ahad lalu.

Sempat bercerita pengalaman mengerjakan Umrah pada Ramadan lalu bersama suami, Awal Ashaari dan anak mereka, Lara Alana, dia bersyukur urusan mereka dipermudahkan.

"Ini pengalaman pertama saya mengerjakan Umrah pada bulan puasa. Walau keadaan cuaca di sana panas, ibadah dan ziarah dapat kami sempurnakan sebaik mungkin," katanya.
Scha dan Alif Satar berganding dalam telefilem terbaru Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan