[RASMI]-Senarai Tenaga Pengajar AF2016


Timeline Cover
Timeline Cover
Senarai Tenaga Pengajar AF2016

Tenaga pengajar Akademi Fantasia 2016 nanti:
Linda Jasmine - Guru Tarian dan Koreografi
Shahrol - Guru Vokal
Edry Abdul Halim - Pengarah Seni Muzik
Mas Idayu - Guru Persembahan Vokal
Elly Suriaty - Guru Seni Persembahan

Penyanyi Mas Idayu dan aktres Elly Suriaty diumumkan sebagai tenaga pengajar baru dan juga juri tetap sesi ujibakat program realiti Akademi Fantasia (AF2016). Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, perlantikan Mas Idayu dan Elly Suriaty adalah berdasarkan latar belakang dan pengalaman dalam industri hiburan tanah air.

�Sedikit kelainan untuk tahun ini di mana dua nama baru telah diperkenalkan dan tidak pernah dibawakan oleh pihak produksi AF sebagai tenaga pengajar.

�Kami telah memilih Elly kerana kita sendiri tahu tentang kredibilitinya dalam bidang lakonan dan pengarahan.

�Saya rasa dah tiba masanya beri peluang kepada bakal pelajar AF2016 untuk belajar seni lakonan pentas daripada seorang bintang yang mempunyai pengalaman seperti Elly.

�Manakala Mas Idayu pula persembahannya dalam Dangsut Star dan juga penglibatannya dalam sebuah program realiti di Indonesia sangat besar.

�Dia juga telah berjaya membentuk seorang penyanyi dangdut baru dan untuk AF kali ini, Mas Idayu akan berkongsi pengalamannya sepanjang berada di pentas tersebut selain memberi tunjuk ajar kepada mereka.

�Mas Idayu telah dilantik sebagai Guru Persembahan Vokal manakala Elly Suriaty pula adalah Guru Seni Persembahan AF2016,� katanya ketika ditemui pada sidang media AF2016 bertempat di Restoran The Appartment, Kuala Lumpur Convention Center pada petang Selasa.

Dalam pada itu, kesemua barisan tenaga pengajar tahun ini telah dilantik sebagai juri tetap sewaktu sesi ujibakat AF2016 yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Julai depan bertempat di The Boulevard- St Giles Premier Hotel, Midvalley Kuala Lumpur.
Senarai Tenaga Pengajar AF2016 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan