Daud dan Jamilah, merupakan pasangan suami isteri yang baru sahaja menamatkan pelajarannya di London, UK. Kedua-dua mereka menyambung pengajian di peringkat PhD di London selama 4 tahun.
Daud dan Jamilah hanya membawa dua orang anak mereka iaitu Arisa (12) dan Danial (11) semasa menetap di London bagi menghabiskan pengajian mereka itu. Daud dan Jamilah terpaksa meninggalkan anak mereka, iaitu Habibah dalam jagaan kedua ibubapa mereka iaitu Pak Mail dan Mak Kiah di kampung.
Habibah atau panggilan manjanya di kampung adalah Bibah. Bibah ditinggalkan dalam jagaan Pak Mail dan Mak Kiah ketika berusia 5 tahun lagi. Dan, setelah 4 tahun menghabiskan pengajian, Daud dan Jamilah kembali semula ke Malaysia.
Daud dan Jamilah memberitahu Pak Mail dan Mak Kiah yang mereka mahu mengambil Bibah semula untuk dijaga oleh mereka. Pak Mail dan Mak Kiah tidak menghalang dan mengizinkan Bibah dibawa pulang oleh Daud dan Jamilah.
0 comments:
Catat Ulasan