Selepas kejayaan filem pertama arahannya, "Mat Moto: Kami Mato Bukan Mat Rempit", Pekin Ibrahim bakal kembali duduk di bangku pengarah untuk filem keduanya berjudul "KL Wangan". Menurut Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, penggambaran filem itu bakal dijalankan pada bila-bila masa sahaja. Untuk filem terbarunya, selain mengarah Pekin juga akan berlakon dan bergandingan dengan pelakon hebat Datuk Rosyam Nor. Selain filem "KL Wangan", Pekin juga bakal muncul dengan filem dokumentari pertamanya "Madness Of Borneo" sebagai penerbit. "Diikutkan, saya pembikin filem keempat dalam dunia yang menghasilkan filem dokumentari seperti itu. Ia membabitkan perincian dari segi pakaian, premis filem dan budaya." "Banyak perkara baru yang tidak pernah diketahui diperoleh selama melakukan penggambaran filem itu," katanya yang dipetik dari Harian Metro.
Filem dokumentari yang menelan belanja sebanyak RM1.7 juta telah menjalani penggambaran selama tiga bulan di sekitar Sabah. Ia dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini dan akan berada di pawagam pada tahun 2017. Dalam pada itu, Pekin turut meluah rasa gembiranya apabila "Madness Of Borneo" telah mendapat perhatian beberapa pihak asing untuk memasarkan filemnya. Tambahnya lagi, pihaknya juga bakal menghantar treler filem dokumentari itu ke Festival Filem Antarabangsa Cannes, Perancis. Sementara itu, pada 4 Ogos depan Pekin bakal muncul dengan filem terbarunya, "Kampung Drift", yang mana turut dibintangi pelakon lain termasuk Syafie Naswip, Pablo Amirul, Fatin Afeefa dan ramai lagi.

0 comments:
Catat Ulasan