[RASMI]-Program Hero Oven, 32 jejaka merebut gelaran Chef Selebriti


Timeline Cover
Timeline Cover
Program Hero Oven, 32 jejaka merebut gelaran Chef Selebriti
Episod 1

Hero Oven. Siapa kata hanya kaum wanita sahaja yang pandai menyediakan kek, roti dan pelbagai manisan lain? Jangan terkejut pula apabila anda melihat 32 orang jejaka tampan berentap demi merebut gelaran �Hero Oven� pertama Malaysia, dalam program realiti memasak terbaharu � Hero Oven, yang telah pun diperkenalkan kepada para penonton setia TV3 pada hari ini, pukul 11.30 pagi sebentar tadi!

TV3 mencari jejaka-jejaka tampan yang berani menyahut cabaran menyediakan pastri seperti kek, muffin, dan pelbagai jenis manisan lain yang menggunakan ketuhar dengan menghantar video ujibakat melalui e-mel, laman media sosial atau kedua-duanya.

Seterusnya, misi pencarian chef selebiriti handal ini diteruskan dengan uji bakat tertutup pada 26 dan 27 Mac yang lepas. Saringan telah dilakukan untuk menentukan siapakah 32 peserta yang layak ke peringkat seterusnya. Lebih menarik, pemenang program ini akan menjadi �chef selebriti� dan berpeluang untuk mengacarakan rancangan memasaknya sendiri!

Untuk menjadi salah seorang calon Hero Oven, peserta haruslah berusia antara 20 hingga 30 tahun, mahir menyediakan pastri seperti kek, muffin, dan pelbagai jenis manisan lain dengan menggunakan ketuhar. Selain mempunyai penampilan dan perwatakan yang menyerlah, calon-calon Hero Oven juga perlu kreatif berkarya.

host

Dihoskan oleh Chef Fikree Aznan, Chef Sarah Samsul Ariffin dan Kilafairy yang juga merupakan panel juri, pada peringkat pertama, 4 peserta akan bertanding pada setiap episod selama 8 minggu, untuk memenangi tiket emas ke peringkat separuh akhir.

Pada setiap episod, para peserta akan diuji menerusi tiga cabaran iaitu basic, teknikal dan kreatif. Bagi segmen cabaran basic, kemahiran asas membuat pastri setiap peserta akan diuji. Cabaran ini ditambahkan kesukarannya apabila mereka wajib menggunakan satu ramuan rahsia yang ditetapkan oleh para juri.

Sekiranya para Hero pandai menguasai ramuan tersebut, ia boleh menjadi penyeri dalam penyediaan hidangan tersebut. Jika tidak, mereka akan berhadapan dengan risiko bahawa resepi itu berkemungkinan tidak menjadi.

Sebagai seorang chef pastri, mereka harus mempunyai teknik-teknik yang betul ketika membuat pastri. Jadi, cabaran kedua akan menguji kemahiran setiap peserta untuk menghasilkan pastri yang paling mirip dengan contoh yang diberi.

Untuk segmen terakhir pula, para peserta perlu menunjukkan kreativiti mereka melalui gaya persembahan dan dekorasi pastri. Hero Oven bermula dengan perkenalan empat hero yang bersaing pada episod pertama � Mashad, Jasni,

Fitri dan Oney. Untuk segmen pertama, para Hero menyediakan kuih bakar dengan menggunakan ramuan rahsia iaitu labu. Mereka perlu cekap dan kreatif untuk mengubah suai resipi agar ramuan istimewa yang wajib digunakan itu sebati dengan bahan-bahan lain, seterusnya hasil masakan tersebut dapat memikat hati para juri.

Berakhirnya segmen pertama, para peserta Hero Oven dinilai secara teknikal pula. Kesemua Hero harus membuat 10 biji muffin labu dengan memastikan tekstur dan rasa setiap muffin tersebut serupa dengan contoh yang diberi.

Pada segmen terakhir Hero Oven, setiap Hero perlu menggunakan daya kreatif masing-masing untuk menyiapkan cheesecake dalam tempoh masa satu jam sahaja. Hero Mashad berjaya membuat ketiga-tiga juri berasa kagum dengan cheesecake yang disiapkan olehnya, dan telah dinobatkan sebagai juara mingguan secara automatik.

Hero Jasni pula diberikan peluang kedua untuk bersaing di pusingan wildcard. Dengan ini, maka tersingkirlah Hero Oney dan Fitri dari dapur Hero Oven. Bukan senang nak jadi hero, jejaka manakah yang bakal menjadi pakar manisan kesukaan rakyat Malaysia? Jangan lupa untuk menonton program realiti memasak Hero Oven yang bersiaran pada setiap hari Selasa, pukul 11.30 pagi di TV3.
Program Hero Oven, 32 jejaka merebut gelaran Chef Selebriti Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan