[RASMI]-Program Lawak Solo di Astro Warna, Mustika HD


Timeline Cover
Timeline Cover
Program Lawak Solo di Astro Warna, Mustika HD
Nabil Douglas Ebby

Ujibakat Lawak Solo akan bermula pada:
13 dan 14 Ogos 2016 di Penang Times Square, Pulau Pinang,
19, 20 dan 21 Ogos 2016 di Plaza Angsana, Johor Bahru,
27 dan 28 Ogos 2016 di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu
3 dan 4 September 2016 di SACC Mall, Shah Alam.

(9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang).

Saluran Astro Warna memperkenalkan sebuah lagi program realiti baru yang berjudul Lawak Solo. Program yang bakal menggeletek penonton di rumah ini mencari pelapis pelawak solo tanahair yang boleh mencuit hati peminat dunia komedi negara menerusi lawak bersahaja yang dilakukan bersendirian.

Juara Lawak Solo akan menerima wang tunai sebanyak RM 80,000.00 berserta trofi. Naib juara dan tempat ketiga pula akan membawa pulang RM 40,000.00 dan RM 20,000.00 berserta trofi. Pemenang tempat keempat juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila wang tunai RM 10,000.00 turut menanti.

�Kami di Astro sentiasa mahu membawakan hiburan berkualiti tanpa henti kepada penonton kami dan oleh sebab itulah, kami sentiasa tampil dengan pelbagai idea baru agar penonton kami tidak pernah jemu dan sentiasa menikmati setiap bentuk hiburan yang kami tampilkan.

�Berbeza dengan rancangan terbitan kami seperti Skool of Lawak dan Raja Lawak sebelum ini, Lawak Solo memfokuskan pencarian individu yang memiliki kemampuan berlawak secara semulajadi dan bersahaja,� kata Ketua Pengisian dan Komedi Astro, Bob Azrai Kamaruddin.

Mahukan individu yang mampu tampil dengan �punchline� yang mantap, Lawak Solo mencari peserta yang mempunyai kebolehan menyampaikan lawak yang bernas dalam masa yang sama penuh dengan unsur komedi.

�Kami merasakan perlunya lebih ramai pelawak solo dilahirkan untuk kita terus menyuburkan industri komedi tanah air. Lihat sahaja nama-nama seperti Harith Iskander dan Nabil Ahmad yang berjaya membuktikan kemampuan mereka di arena masing-masing walaupun tampil solo di atas pentas,� kata Pengurus Saluran Astro Warna, Emarina Mohd Kamal.

Para peserta Lawak Solo bakal diuji dengan pelbagai cabaran komedi bertemakan stand-up, muzikal dan sebagainya. Menggunakan khidmat penjurian professional sebanyak 70 % dan juga undian penonton sebanyak 30 %, peserta dengan jumlah markah terendah setiap minggu akan disingkirkan. Juri tetap Lawak Solo akan diumumkan tidak lama lagi dan apa yang pasti, dua nama besar dunia komedi negara bakal menggalas tanggungjawab ini.

Kesemua peserta lawak Solo akan mendapat bimbingan tiga ikon komedi yang sudah tidak asing lagi iaitu Nabil Ahmad, Douglas Lim dan Ebby Yus. Ketiga-tiga tenaga pengajar ini akan juga turun padang menjadi juri ujibakat dan mengenal pasti siapa yang berpotensi diketengahkan menjadi pelawak terunggul tanahair yang seterusnya.

Ujibakat Lawak Solo secara atas talian atau online telah pun bermula hari ini, 2 Ogos 2016. Para penonton yang mahu mencuba nasib dikehendaki memuat naik video mereka di laman Instagram di mana mereka perlu mempersembahkan sketsa lawak masing-masing ataupun stand-up comedy mereka yang berdurasi 1 minit selain menyertakan hashtag #lawaksolo dan tag akaun Instagram @zonlawak.

Peserta yang berpotensi bakal mendapat laluan pantas ke sesi ujibakat yang akan diadakan di 4 buah negeri yang berbeza di seluruh tanahair. 30 peserta yang disenarai pendek akan ke Kuala Lumpur bagi mengikuti latihan boot camp Lawak Solo, di mana hanya 10 peserta terbaik akan mara ke pusingan seterusnya dan layak bertanding merebut kejuaraan sulung Lawak Solo. Ujibakat Lawak Solo terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira lelaki mahupun perempuan yang berusia 18 hingga 45 tahun.

Datanglah beramai-ramai ke ujibakat Lawak Solo dan jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan Lawak Solo pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai Oktober ini secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD ( Saluran 134). - AGempak
Program Lawak Solo di Astro Warna, Mustika HD Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan