[RASMI]-[RASMI] Permohonan Matrikulasi 2017 /2018


Timeline Cover
Timeline Cover
[RASMI] Permohonan Matrikulasi 2017 /2018
Permohonan program kolej Matrikulasi sesi 2017-2018

Permohonan untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun sesi pengambilan 2017 /2018 akan dibuka bermula pada tarikh 1 Julai 2016 mulai jam 12 tengah hari . Calon yang berkenaan sila ambil maklum bahawa tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2016. Sila buat permohonan sebelum tarikh tutup sepertimana yang telah dinyatakan 

PERMOHONAN ONLINE PROGRAM KOLEJ MATRIKULASI SESI 2017 / 2018 

Sebagai makluman, permohonan kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kolej-kolej Matrikulasi bagi tahun pengambilan sesi 2017 /2018 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI) yang akan dibuka kepada capaian calon pada tarikh dan masa sepertimana telah ditetapkan.

Cara Buat Permohonan Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Secara Online 

Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi laman web sistem aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI) dimana pelajar (pemohon) perlu mendapatkan nombor pengenalan individu iaitu (PIN) dengan membayar RM6.00 kepada kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN bagi membolehkan mengakses borang permohonan online 

Sila klik pada judul pautan dibawah bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum dapat membuat permohonan.

Sistem Aplikasi Borang Permohonan Matrikulasi 2017/ 2018 Online 

Apabila sudah mendapatkan Nombor Pengenalan Individu (PIN), calon boleh mula membuat permohonan dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor PIN di laman Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI), klik pada judul pautan berikut :

[RASMI] Permohonan Matrikulasi 2017 /2018 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan