Berita terkini punca Along Cham dan Zila Seeron bercerai talak satu. Akhirnya pergolakan rumah tangga pelawak Along Cham dan penyanyi Zila Seeron telah berakhir apabila Along Cham melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling kira-kira jam 10.40 pagi tadi 29 Ogos 2016 (Isnin). Terdahulu, punca kemelut rumah tangga Along Cham bermula apabila Zila Seeron ditangkap khalwat dengan kekasihnya juga suami orang di Damansara pada 14 ogos lalu. Tidak cukup dengan itu, Along Cham sekali lagi menerima tamparan hebat apabila tersebar foto smule isterinya dengan kekasihnya dalam keadaan separuh bogel. Untuk info, Along dan Zila telah bernikah pada 23 Januari 2010 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak, Ahmad Danial, 5 tahun.
Penjelasan Along Cham Isu Ceraikan Zila Seeron Talak Satu
“Saya mendiamkan diri sebelum ini kerana ibu saya selalu berpesan, bila sudah bergelar suami isteri aib rumah tangga perlu dijaga. Sudah tentu sebagai suami, saya wajib menjaga aib isteri saya walaupun macam-macam cerita dia buat terhadap saya,” katanya.
Diminta mengulas mengenai gambar Smule bekas isterinya bersama seorang lelaki yang tersebar baru-baru ini, Along mengakui tidak mengenali individu tersebut.
“Saya tidak kenal siapa lelaki itu. Cuma saya terkejut kerana melihat keadaan mereka dalam foto itu. Apapun saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka dan selepas ini Smule pakai baju pengantin mungkin lebih afdal,” ujarnya.
0 comments:
Catat Ulasan