Malam kemuncak festival berprestij Festival Filem Malaysia ke-28 2016 bakal diadakan pada 3 September depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9 malam. Ia turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD. Penyertaan syarikat-syarikat produksi yang layak menghantar pencalonan adalah dari 1 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2016. Dalam perkembangan sama, antara filem lain yang turut mendapat sembilan pencalonan adalah Jagat dan The Kid From The Big Apple.
Filem arahan iaitu arahan Chiu Keng Guan iaitu Ola Bola mendahului senarai Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM 28) apabila menerima 14 pencalonan. Filem yang berjaya mengutip RM15.85 juta sepanjang ditayangkan di pawagam itu dicalonkan menerusi kategori Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia termasuk Pengarah Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia dan Lakon Layar Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia. Ola Bola juga menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Shivatharan Nambiar), Pelakon Baharu Wanita Terbaik (Marianne Tan), Pelakon Baharu Lelaki Terbaik (Saran Kumar) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Sri Balasubramaniam).
Antara kategori lain yang turut dicalonkan adalah Kesan Visual Khas Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik (Arena Cahaya), Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penyunting Terbaik dan Pereka Kostum/Busana Terbaik. Dalam pada itu, filem Polis Evo yang mencatatkan kutipan cemerlang dipawagam iaitu sebanyak RM 17.47 juta mengekor rapat dengan 10 pencalonan termasuk Filem Terbaik FFM 28, Pengarah Terbaik FFM 28 (Ghaz Abu Bakar), Pelakon Lelaki Terbaik (Shaheizy Sam dan Zizan Razak), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hushairi Husain) dan Lakon Layar Terbaik FFM 28. Kategori lain yang turut dicalonkan adalah Penataan Bunyi Terbaik, Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Pereka Kostum/Busana Terbaik. Sementara itu, Munafik arahan Syamsul Yusof pula mendapat sembilan pencalonan menerusi kategori Filem Terbaik FFM 28, Pengarah Terbaik FFM 28, Pelakon Wanita Terbaik (Nabila Huda), Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik dan Kesan Visual Khas Terbaik.
UPDATE (3/9/2016) :
----> Video Karpet Merah FFM28 2016
----> Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia Ke 28 (FFM28) 2016
0 comments:
Catat Ulasan