[RASMI]-iOS 10, Menarik Ke?


Timeline Cover
Timeline Cover
iOS 10, Menarik Ke?

iOS 10, kemaskini terbesar Apple pernah buat (ayat macam selalu dengar kan. hihihi)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jumpa lagi kita dalam artikel iOS mengenai iOS 10.
Maaf kerana saya tidak boleh buat video dan screenshot sendiri mengenai iOS ini kerana sudah bersara dari iOS (tapi still rindu features iOS huhuhu)
Jadi, tak guna bersedih, mari kita teruskan topik kita.

iOS 10, merupakan kemaskini terbesar, dan perubahan besar Apple pernah buat pada iOS.

Kini iOS 10 lebih personal, lebih berkuasa dan lebih menyeronokkan.
Jika anda biasa gunakan iOS sebelum2 ini, anda pasti teruja dengan kemaskini yang terkini dan jika anda baru merasai iOS (baru pakai iDevices, beli2 dah iOS 10), anda pasti menyukainya dengan animasi, smooth dan mesra pengguna.
Tapi, jika anda dari Android or Symbian or Windows Phone, pasti anda akan kekok kerana tiada button lain selain Home. (Disarankan pakai Assistant Touch kerana nak jaga button Home, tapi model2 baru kini button baru, mungkin tahan rasanya, kan?)

Saya akan sentuh beberapa ciri2 yang terdapat pada iOS serta model apa yang support, limited support dan cara pemasangan yang mudah.

Antara ciri2 yang saya sentuh ialah Messages, Apple Maps, Music, HomeKits, Display Features dan Photos App.

Messages

iMessage, kini berwajah baru, lebih menarik, lebih memudahkan pengguna

Jika anda lihat gambar di atas, cantik dan menarik serta menggoda tak?

Jika anda nak merasainya pada Android, download lah Google Allo, ada artikel dalam blog ini ulasan mengenai aplikasi tersebut Allo Akhirnya Dilepaskan! Muat Turun Apk Disini (Tetapi ciri2 iMessage tak semua ada dalam Google Allo huhuhu)
Malang sekali, hanya fungsi dengan baiknya jika orang yang anda mesej tu pakai juga iOS 10. Jika iOS 9 dan ke bawah, hanya dapat baca text sahaja.

Saya huraikan iMessage ini mengikut nombor yang saya letak di atas :
  1. It's how you say it, anda boleh mesej seperti anda bercakap. Seperti menjerit, ataupun berbisik, belon mesej akan berubah mengikut apa yang anda tulis seperti YUM!! haha
  2. Write it yourself, anda boleh menulis dalam iMessage, iaitu anda tulis la apa-apapun, ia akan keluar pada rakan anda animasi apa yang anda tulis (tulis elok2, kalau tak kena bahan dengan kawan2), seperti dakwat yang keluar bila tulis di atas kertas. Menarik kan?
  3. Invisible ink, iaitu anda boleh hantar mesej atau gambar yang kena swipe dulu baru mesej atau gambar tersebut timbul. Boleh la guna untuk kejutan untuk kawan2 anda.
  4. Let's celebrate, iaitu jika anda taip Happy Birthday! ataupun Congratulation! kemudian akan keluar animasi yang memenuh seluruh screen anda dan penerima. Menarik kan?
  5. Tapback, fungsi ini sangat menarik kerana anda boleh membalas jawapan penerima dengan tap dekat belon mesej penerima. Terdapat 6 jawapan cepat iaitu Love, Bagus, Tidak Bagus, Haha, Tanda !, dan Tanda ?. (Jika malas nak taip, tap ja jawapan cepat. hahaha)
  6. Add a personal touch, iaitu anda boleh hantar animasi bola2 api, yang sedulunya kecil, telah menjadi besar (dah macam lagu pulak) bola2 api, degupan jantung (jika anda ada Apple Watch, kan ada Heartbeat sensor), lukisan dan macam2 lagi. Malah, anda boleh lukis pada video! Tudiaaaa
  7.  Stickers, ini lain daripada lain. Tak seperti sesetengah aplikasi mesej yang mana sticker hanya keluar dekat tempat tulis kan? Tidak seperti iMessage, anda boleh letak sticker dekat atas belon mesej, atas gambar malah atas sticker yang lain. (Kalau bertindih nak tengok macam mana la? Haihh). Boleh dapatkan ia dekat App Store untuk iMessage, dalam aplikasi mesej. (Tak perlu masuk App Store kerana ia built-in dekat Message)
  8. Tap to replace emoji, iaitu anda tulis la apa2 ayat yang kaitan dengan emoji. Contoh Volleyball atau pizza, ia akan keluar tulisan yang bercahaya dan tap saja untuk ubah tulisan kepada emoji. Tapi dalam English la, harap Apple buatkan untuk bahasa lain juga. :(
  9. iMessage apps, iaitu anda boleh access aplikasi kegemaran anda untuk cipta atau kongsi maklumat malah anda boleh membuat bayaran dan macam2 lagi tanpa meninggalkan aplikasi Message. Contoh anda tengah chat untuk menempah tiket untuk menonton wayang, anda hanya buat bayaran dekat situ juga (menggunakan Touch ID atau Passcode). Mudah kan? Tak perlu nak buka 2,3 aplikasi.
Apple Maps
Apple Maps, lebih mesra pengguna

Street smarter, kini boleh berikan anda cadangan proaktif, ke mana anda nak pergi dan tunjuk jalan yang terpantas untuk sampai ke destinasi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat tempahan tempat dalam aplikasi tersebut. UI (user interfacekeseluruhan aplikasi juga diberi nafas baru. Cantik kan?

Apple Music

Apple Music, lebih mudah untuk digunakan dan mesra pengguna

Music, Redesigned, dengan membuat design yang simple memudahkan pengguna menikmat lagu kegemaran anda serta anda boleh juga menyanyi sambil lihat lirik yang terdapat dalam lagu tersebut. (Tak pasti menambah lagu manual dapat ka tak ciri2 ini. Kalau beli semestinya ada kan? Hehehe)


HomeKits

HomeKits, semua peralatan rumah dalam satu aplikasi

Home smart home, merupakan aplikasi baru Home yang mana anda boleh mengawal peralatan rumah anda, seperti tutup lampu, buka kunci pintu, tutup tingkap, hidupkan heater, pasang lagu dan macam2 lagi, semuanya dalam satu aplikasi. (Tapi jika peralatan rumah anda mempunyai kelebihan tersebut la. Hihihi)


Display Features

Ciri-ciri paparan hadapan, menarik kan?

iOS 10 juga manfaatkan hardware yang terdapat dalam iDevices. Seperti 3D Touch, dan Raise to wake tapi, hanya versi terkini sahaja (iaitu iPhone 6S, 6S Plus dan SE kerana M9 dan terkini sahaja yang boleh guna fungsi Raise to wake)

  1. Rich notifications, iaitu anda boleh lihat gambar dan video malah dapat membalas mesej secara langsung pada notification anda. Jadi tiada alasan untuk reply lambat. hahaha
  2. Touch and go, bukan Touch N' Go tol tau. Tetapi ciri iOS 10, dengan menggunakan 3D Touch seperti Calendar, Weather dan Stocks untuk pandangan cepat segala informasi yang anda mahukan.
  3. Raise to wake, iaitu anda angkat iDevice anda, dia akan bangun, dengan mamai2 dia tunjukkan notification yang sedang menanti anda untuk baca. (Actually sama dekat Android, iaitu Ambient Display. hohoho)
Photo App
Photo App, segalanya ada di sini, tak perlu cari yang lain

Photo app dalam iOS 10 agak menarik kerana anda boleh edit gambar, letak filter, adjust sana sini dalam aplikasi tersebut. UI (user interface) dia pun simple jadi, tak susah macam sesetengah aplikasi, kan? Ini antara dua ciri yang saya sentuh, iaitu :
  1. Been there, Found that, iaitu anda boleh cari gambar anda dengan taip nama orang, nama tempat, motorsikal, kereta, haiwan peliharaan dan macam2 lagi. Jika anda enable GPS location lah. (Google Photos juga sudahpun ada ciri2 ni, lambat betul Apple. hihihi)
  2. Your past, beautifully presented, iaitu aplikasi ini dapat membantu anda mengenang kembali kenangan2 lalu seperti ulangtahun perkahwinan, kelahiran ataupun kenangan bersama seseorang (kalau anda tak padam la kenangan kekasih lama. hahaha) malah boleh cipta movie yang cantik dari gambar2 anda. Menarik kan?
Jadi, iOS 10 ini memang mengutamakan privasi pengguna kerana peranti yang pintar dibantu oleh sistem perisian yang bijak dapat mengenalpasti orang, objek dan suasana dalam gambar. Jangan bimbang mengenai GPS Location kerana data anda encrypted dan tidak digunakan untuk membuat fake profiles.

iOS 10 ini serasi mengikut senarai peranti di bawah :

iPhone
  • iPhone 7 dan 7 Plus
  • iPhone 6S dan 6S Plus
  • iPhone 6 dan 6 Plus
  • iPhone SE
  • iPhone 5S
  • iPhone 5C, dan 5 (limited support)
iPad
  • iPad Pro, 12.9-inch dan 9.7-inci
  • iPad Air 1st generation dan 2
  • iPad 4th generation (limited support)
  • iPad Mini 2, 3 dan 4
iPod
  •     iPod touch 6th generation
Jadi itu sahaja info ringkas mengenai iOS 10. Jadi jika anda nak pakai iOS 10 ni, haruslah upgrade/restore melalui iTunes untuk elak sebarang masalah pada iDevices anda. Bagi saya, jika iOS 9 ada update macam 9.3.2 tiada masalah update OTA (On-The-Air) kerana sama versi 9. Tetapi iOS 10 ini versi 10, jadi tidak cantik update OTA. huhuhu. Itu pendapat saya lah

Jika nak update/restore melalui iTunes, sila layari laman sesawang ini > IPSW Downloads (wah design baru, lawa :D)
Biarkan iPhone anda dalam keadaan on (DFU mode tu kalau phone tu nazak teruk. hihihi)
Pastikan turn off dahulu Find My iPhone (akan keluar warning untuk off benda tu, rasanya kalau nak restore la). Oh ya, restore tu Clean Install manakala update tu macam Dirty Install la. (Maaf termasuk term Android. hihihi)
Kemudian tekan Shift dan klik pada restore (kalau update takpasti la, sebab saya selalu restore ja :3) dan cari .ipsw yang anda muat-turun tu.
Tunggu sampai dia siap, dekat iTunes kosong tiada sebarang aktiviti dan cabut cable dan selesaikan setup menu tu, dan tadaa Welcome to iOS 10. :D (Boleh ja tak cabut cuma nanti setup menu tu dekat iTunes. hihihi. Jangan cabut semasa tengah update/restore nanti brick pula :P

Selamat mencuba dan menikmati kelajuan, kelembutan, dan keseronokan iOS 10, terokailah dan rasailah :)

p/s : banyak pulak mengarut :(
iOS 10, Menarik Ke? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan