[RASMI]-Jalan Raya Di Jakarta Sesak Akibat 'Tayangan' Video Lucah : Adakah Ia Digodam?


Timeline Cover
Timeline Cover
Jalan Raya Di Jakarta Sesak Akibat 'Tayangan' Video Lucah : Adakah Ia Digodam?

Apa yang akan terjadi sekiranya 'billboard' yang boleh memaparkan video, secara tiba-tiba 'ter'-paparkan video lucah? Kemalangan? Kesesakan lalu lintas?

Itulah yang terjadi di Jakarta Selatan, yang berlaku pada pukul 2 petang hari ini lalu mengakibatkan kesesakan luar biasa disebabkan pemandu yang dengan sengaja memperlahankan kenderaan sama ada mahu menonton mahupun merakam 'kejadian' tersebut.

Susulan itu seorang pegawai pihak berkuasa Kebayoran Baru, Bowo Sukindro, mengatakan bahawa pihaknya telah dengan segera menghantar petugas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat.

Jurucakap pihak berkuasa Jakarta Selatan, Lestari Ady Wirdoyono berkata pihaknya segera memutuskan bekalan elektrik ke papan iklan elektronik berkenaan bagi 'meredakan' suasana dan trafik, dek kerana ada yang berhenti untuk menonton 'tayangan percuma' berkenaan yang berdurasi 20 minit.

Tidak dapat dipastikan punca kejadian, sama ada ianya digodam ataupun tindakan sabotaj dari individu, kerana ia bukan milik pihak berkuasa sebaliknya dikendali oleh sebuah syarikat.

Via > Harian Metro
Jalan Raya Di Jakarta Sesak Akibat 'Tayangan' Video Lucah : Adakah Ia Digodam? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan