[RASMI]-OnePlus 3 : Ulasan Dari Perspektif Pengguna Tegar Android, Berbaloikah Dibeli?


Timeline Cover
Timeline Cover
OnePlus 3 : Ulasan Dari Perspektif Pengguna Tegar Android, Berbaloikah Dibeli?
Gambar diambil dengan kamera OnePlus 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda sudahpun membaca artikel [ Tinjauan ] OnePlus 2, Berbaloikah Beli? Flagship Killer?, kini ada sambungan product OnePlus, iaitu OnePlus 3 dengan slogan, "A day�s power in half an hour"
OnePlus 3 merupakan model pertama OnePlus yang tidak dijual melalui sistem Invite seperti mana tiga peranti terakhir (OnePlus One, 2 dan X) menggunakan sistem Invite
Tujuan OnePlus menggunakan sistem Invite untuk mengawal aliran pembuatan produk. 

Seperti biasa, saya akan ceritakan spec OnePlus 3 ini :

Info Secara Am
  • Warna : Graphite dan Soft Gold
  • Ukuran 152.7 x 74.7 x 7.35 mm
  • Berat : 158g
  • Material : Anodized aluminum
  • Operating System : Oxygen OS (v3.5.1) if Global and China Hydrogen OS (v2.0.0) 
  • CPU Qualcomm� Snapdragon� 820, Quad Core, Kryo�: 2x 2.2 GHz, 2x 1.6 GHz
  • GPU Adreno� 530
  • RAM : 6GB LPDDR4
  • Storage : 64GB UFS 2.0
  • Sensor Fingerprint sensor, Hall sensor, Accelerometor, Gyroscope, Proximity sensor, Ambient light sensor dan Electronic Compass.
  • Ports USB 2.0, Type-C (support OTG), Dual nano-SIM slot, 3.5 mm audio jack
  • Battery 3,000 mAh (non-removable), Dash Charge (5V 4A)
  • Buttons : Hardware keys and on-screen navigation support
  • Lain-lainAlert Slider, Custom icon packs, Gesture Control (Display On + Display Off), OnePlus Shelf, Vibration motor, dan RGB LED notification light.
Info Perhubungan
  • Rangkaian : GSM: 850, 900, 1800, 1900 MHz, (Ini China model kerana saya pakai China Set) WCDMA: Bands 1/2/5/8, FDD-LTE : Bands 1/3/7, TDD-LTE: Bands 38/39/40/41, TD-SCDMA : Bands 34/39, dan CDMA EVDO: BC0
  • Wireless Standard 4G LTE (Cat. 6)
  • Wi-Fi : Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac
  • Bluetooth : Bluetooth� 4.2
  • NFC : NFC Enabled
  • Positioning : GPS, GLONASS, BeiDou
Info Audio
  • Speaker : Bottom-facing speaker
  • Microphones : Dual-microphone with noise cancellation
  • Features : OnePlus Music
  • Technology : Dirac Power Sound� technology for speaker optimization
Info Paparan
  • Saiz : 5.5 inci
  • Resolution 1080p Full HD (1920 x 1080 pixels), 401 ppi
  • Bezel 0.755 m
  • Cover Glass : Corning� Gorilla� Glass 4
  • Jenis : Optic AMOLED
  • Aspect Ratio : 16:9
  • Features Night Mode Display, Dark Theme, dan System Accent Colors
Info Kamera Belakang
  • Sensor Sony IMX 298 Sensor, 16 MP, 1.12 �m pixel, dan f/2.0 aperture
  • OIS (Optical Images Stabilization) : Yes
  • EIS (Electronic Image Stabilization) : Yes
  • Autofocus : PDAF (Phase Detection Autofocus)
  • Video : 720p, 1080p, dan 4k resolution pada 30fps (frames-per-second)
  • Slow Motion : 720p video pada 120fps
  • RAW Images support : Yes
  • Features : Auto-HDR, Dynamic Denoise, Manual Control, dan Clear Image.
Info Kamera Depan
  • Sensor : Sony IMX179, 8 MP, 1.4 �m dan f/2.0 aperture
  • EIS (Electronic Images Stabilization) : Yes
  • Autofocus : Fixed Focus
  • Video : 720p, 1080p video pada 30fps (frames-per-second)
  • Auto selfie : Smile Capture
Itu sahaja spesifikasi OnePlus 3. Anda boleh rujuk laman web OnePlus atau sumber2 lain seperti GSM Arena dan lain2 :)

Bagaimana nak dapatkan OnePlus 3? (eh macam kenal ja ayat tu kan? hahaha)
Boleh di dapat di gedung2 Online seperti Satu Gadget Dot Com (saya selalu beli kat sini, tapi contact dulu takut stock habis) ataupun Direct-D atau Seven Mobile serta kedai2 yang jual product OnePlus

Sedih kerana Maxis tidak bawak masuk OnePlus 3 (tak seperti OnePlus 2).
Saya suka OnePlus ni kerana spec power, tapi harga bawah RM2K (Premium and cheap hihi). OnePlus 3 juga terdapat 3 set seperti OnePlus 2 iaitu A3000, A3003 dan A3005.
Spec sama cuma baseband yang berbeza :)

Dalam review ini, saya akan menyentuh bahagian2 tertentu saja seperti Bateri, Dash Charge, Design, Camera, Technology dan Operating System (Oxygen dan Hydrogen OS)

Bateri OnePlus 3
Credit to PhoneArena

Percayalah, ini bateri OnePlus 3. Agak mengecewakan kerana ia tidak berwarna merah.
Dah la warna hitam, lepas tu capacity dia kurang daripada OnePlus 2, 3,000 mAh manakala OnePlus 2, 3,300 mAh.
Terima kasih kepada Dash Charge kerana cas dengan lajunya dalam 1/2 jam boleh dapat 70% bateri (bergantung juga pada ROM apa yang anda guna). Itu kita kupas mengupas dalam bab Dash Charge.
Terima kasih sekali lagi pada Optic AMOLED, kerana menjimatkan kuasa apabila semua paparan hitam-hitam belaka.

Dash Charge

Credit to PhoneArena


Dash Charge merupakan teknologi baru dalam OnePlus. Ia merupakan custom version daripada VOOC (Voltage Open Loop Multi-step Constant-Current Charging). Tambahan pula processor Qualcomm� Snapdragon� 820 mempunya Quick Charging 3.0, jadi teknologi ini dapat dimanfaatkan dengan baik. 

Tidak seperti Quick Charging 3.0, Dash Charge cas semakin menaik meskipun screen on dan ia cas terus kepada bateri, bukan kepada phone itu sendiri, dapat mengurangkan haba kerana pengalihan haba dengan pengurusan kuasa dan unsur-unsur penyebaran haba membuatkan OnePlus 3 kurang panas ketika cas.

Sekiranya anda guna (contoh main game) sambil cas, ia tidak akan melambatkan cas, malah ia akan terus naik dan naik sampai ia penuh. Tetapi tidak baik cas sambil main phone kan, kan?


Design OnePlus 3

Gambar diambil dengan kamera OnePlus 2, Manual Focus

Saya beli warna Soft Gold (warna emas klasik yang terdapat dalam seni tradisional Jepun, untuk lihat lebih canggih), kerana nampak lebih exclusive berbanding dengan warna Graphite (warna kelabu dikalibrasi untuk menawan sifat semulajadi berhablur titanium mineral ore). Tapi rasa macam iPhone pulak sebab depan putih. Hahaha
Bukan itu sahaja, paparan depan hampir serupa dengan Oppo F1 Plus (beza sensor dengan kamera depan. haha) dan belakang macam HTC. Ya HTC and kamera belakang tu macam Samsung Galaxy S4, huhuhu.

OnePlus 3 ni nipis dan semuanya logam jadi jangan cas sambil main, letak dekat perut. Jika tidak akan rasa kelajuan Dash Charge hahaha (iPhone 5S, iPad 4 saya dulu selalu kena, terkejut la sekejap). Alert Slider dari OnePlus 2 dan X, ada pada OnePlus 3. Fungsinya sama macam model lama.

Kamera OnePlus 3
Gambar yang diambil dengan kamera OnePlus 2, Manual Focus

Kamera belakang OnePlus 3 merupakan MP paling besar dalam keluarga OnePlus, iaitu 16MP dengan teknologi Smart-Capture serta disokong oleh OIS (Optical Images Stabilization) dan EIS (Electronic Images Stabilization) untuk menghasilkan gambar dan video yang terbaik. Macam biasa ada Manual Mode, Timelapse, SlowMotion dan Panorama.

So far saya guna kamera OnePlus 3, saya suka kualiti dia, tetapi not bad la low light punya gambar. I think OnePlus 2 better low light than OnePlus 3, but quite nice low light OP3. hehehe. Saya sertakan sample gambar dan video dari kamera OnePlus 3.


Kamera Belakang

Gambar diambil dengan kamera OnePlus 3

Gambar di atas diambil mode Normal, HQ, HDR dan Manual. Lokasi di Taman Tasik Shah Alam. ROM pula Oxygen OS 3.5.1, quite fast snap, and nice kan gambar?
Tetapi, ada OnePlus 2 dan 3 mempunyai masalah yang sama, iaitu Focus. Focus dia gila hahaha, untuk mengatasi masalah tersebut, lock focus setelah dapat focus yang cantik :)

Kamera depan

klik untuk lebih jelas

Kamera depan OnePluas 3 quite nice than OnePlus 2. Mintak kawan jadi model. (Actually mereka ini suka sangat tangkap gambar :3)

Gambar Panorama
klik untuk lebih jelas

Ini pula gambar Panorama. Smooth ja masa ambil gambar, tapi tak cukup panjang pulak Panorama -_-. Apa pendapat ampa?

Video Timelapse


klik untuk mainkan video

Ini pula video Timelapse dari OnePlus 3, duration hanyalah 8 saat. Actually lenguh pegang lama-lama sebab tak bawak tripod.


Video SlowMotion



klik untuk mainkan video

Ini pula video SlowMotion dari OnePlus 3. (Ada beza ke dengan OnePlus 2?)


Rakaman video kamera belakang, 720p, 1080p, dan 4K.



klik untuk mainkan video



klik untuk mainkan video

klik untuk mainkan video


Rakaman kamera depan, 720p, dan 1080p

klik untuk mainkan video


klik untuk mainkan video


Ini sample rakaman video menggunakan kamera depan OnePlus 3. Actually saya hanya rakam sahaja, tidak adjust focus. saya lupa nak adjust focus :(

Technology


OnePlus 3 dikuatkan dengan processor baru Qualcomm� Snapdragon� 820, 64GB stor penyimpanan dan stor penyimpanan UFS 2.0 merupakan lebih laju pemindahan data 3x daripada eMMC 5.1 serta kelajuan yang sangat laju, 6GB RAM dan recording 4K video.


Ada khabar angin mengatakan OnePlus 3 ini merupakan device future update. Betul ke?

Jika lihat dari segi spec processor ini, macam boleh pergi jauh processor ini. heheh
Mengenai fingerprint sensor, ada improvement kerana 0.2 saat sahaja, phone anda sudah unlock, tanpa perlu on screen.
Surface sensor tersebut menggunakan premium ceramic.

Mengenai screen, agak jahat kerana menggunakan Optic AMOLED. Ya AMOLED

Screen OnePlus 3, 5.5' dan resolution FullHD.
Jadi, sekiranya anda buat Dark Mode, maybe ia boleh membantu anda menjimatkan bateri (Rasa macam geng Samsung pula)

Mengenai Connectivity and Network, OP3 merupakan phone yang carrier unlocked. Jadi anda boleh masuk SIM dari mana2 negara dengan senang hati serta ia dual SIM (nano).

Jadi, tak perlu la anda bawak 2 phone dalam satu masa, satu phone, dua SIM card :)

Operating System, Oxygen OS

klik untuk lebih jelas 

ROM yang saya pakai ini, Oxygen OS 3.5.1 (gabungan Hydrogen OS dan Oxygen OS). ROM ini merupakan update yang ke dua selepas versi pertama, 3.5.0.

Saya apply Dark Theme kerana untuk menjimatkan bateri, dan nampak agak jahat. hahaha
Screen Mode pula ada 3 jenis, iaitu Default (warna agak menyerlah), sRGB (warna screen seperti OnePlus 2) dan Customization (Cool to Warm) dan terdapat Lock Button (hanya ada pada ROM Hydrogen OS, kini Oxygen OS juga dapat) maka boleh main game tanpa tertekan hardware key.

Seperti biasa, ROM ni anda boleh pilih sama ada nak guna on-screen navigation bar ataupun hardware button serta Oneplus Shelf, menarik daripada versi lama. Cuma Memo tu nak edit or delete tidak boleh. hahahaha. Sound quite loud, sedap tapi tidak support ViPER4Android. huhuhu. Notification bar, ada sikit macam Android 7.0 Nougat, (seperti App permission on ROM Lollipop, OnePlus 2. Ikutkan App permission dekat Marshmallow baru ada).


Selain Oxygen OS, Hydrogen OS dan CyanogenMod juga support model ini. Tetapi ROM Hydrogen OS tidak mantap seperti di OnePlus 2. Everything is awesome (eh dah macam lagu), tetapi battery dia kuat juga drain. Mungkin next update fix it or they continue Oxygen OS (sebab Oxygen OS dan Hydrogen OS bergabung dah, sebab tu keluarnya Oxygen OS 3.5.1 (akan dikeluarkan artikel tersebut) yang terkini).


Tambahan, Pros and Cons

Pros
  • RAM 6GB (RAM laptop saya pun 4GB hahaha) dan Qualcomm� Snapdragon� 820.
  • OTG support (saya beli dekat kedai ustaz, area uptown Kota Damansara, RM5 saja boleh guna. Tapi OnePlus 2, kena pakai brand Xiaomi punya OTG, kawan pesan la)
  • Fingerprint 0.2 saat
  • Kamera belakang 16MP dan depan 8MP
  • Ringan dari OnePlus 2.
  • Screen Optic AMOLED (mahai oo baiki)
  • Icon stock menarik
  • Dash Charger, memang laju tak terkira. 
  • Ada NFC, tapi guna sangat ke?
  • Permukaan sensor fingerprint, ceramic (jika calar tu tiada la, harap tak gila macam fingerprint sensor OnePlus 2)
Cons
  • Camera bump (macam kamera Samsung Galaxy S4, dan agak kecewa bila baringkan phone, boleh menyebabkan lens rosak)
  • Focus pakai PDAF, tiada Laser Autofocus and masalah focus mabuk (Lock Focus untuk mengatasi masalah focus mabuk)
  • Design HTC?, agak lincin so better pakai casing
  • Battery drain cepat dari OnePlus 2, mungkin beza capacity atau update ROM will fix this problem? kita tunggu.
  • Tiada StyleSwap Cover, ada pun casing ja
  • Sound slow, tapi quite nice la
  • Mic speaker perlahan (taktau ROM or memang phone problem, sebab ada pernah kena air :( adui)
  • Tempered Glass tidak full, screen protector ada la. Mungkin nanti ada stock kot.
  • Screen replacement agak mahal dan susah untuk baiki. Jadi hati2 yer
  • Casing susah nak cari di kedai2, kena beli online la. hahaha
Itu sahaja pendapat saya mengenai OnePlus 3 ini. Saya sudah pakai hampir sebulan dan puas hati memakainya. NFC, ada ke, tiada ke saya bukan guna pun hahaha. Tapi, ada golongan-golongan tertentu guna as payment bill ataupun lain2.

Sama seperti artikel saya OnePlus 2, rasa janggal lama tidak menaip artikel hihihi
Jadi, berbaloikah beli? atau sekadar indah dari khabar rupa?
Lain orang lain pendapat, jika anda ada pertanyaan dan pendapat, tinggalkan ia dekat komen bawah.

* Jika anda ingin phone yang murah, spec power, why not OnePlus 3 in your wishlist? hehehe.

Dash Charging on action! Hahaha


Sedikit video ROM Oxygen OS 3.5.1
OnePlus 3 : Ulasan Dari Perspektif Pengguna Tegar Android, Berbaloikah Dibeli? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan