Pemohon hendaklah mendapat bimbingan daripada ibubapa ataupun guru semasa mengisi borang permohonan online SBP 2017/2018 bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasukkan setiap data maklumat yang diperlukan dalam sistem tersebut. Ini kerana, sebarang kesilapan seperti tidak mengisi maklumat dengan betul dan tepat antara salah satu punca yang boleh menyebabkan permohonan calon untuk ke SBP gagal. Baca dan fahami dahulu panduan memohon yang disertakan pada laman sistem permohonan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan kesilapan. Sila membuat semakan semula maklumat yang diisi itu dengan teliti sebelum mengesahkan dan mencetak permohonan yang telah dilengkapkan. Sebarang pengemaskinian seperti untuk membetulkan kesilapan boleh dilakukan sepanjang tempoh permohonan masih dibuka.
Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2017/2018 Tingkatan 1 :
Belum Dibuka
Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2017/2018 Tingkatan 4 :
Belum Dibuka
0 comments:
Catat Ulasan