Download
Nadia baru melahirkan anak sulung (lelaki) selepas lebih 5 tahun kahwin. Anaknya meninggal. Nadia menyalahkan diri menyebabkan kematian bayinya dan mengecewakan Zainal yang sangat inginkan anak, dia murung. Zainal juga sangat kecewa, dia turut menyalahkan Nadia kerana Nadia dikatakan tidak menjaga kandungan, enggan ke hospital awal walaupun sudah beberapa hari ada tanda-tanda melahirkan (turun air), bayi lemas kerana air ketuban kering. Beberapa hari selepas kelahiran, Zainal kurang beri perhatian kepada Nadia. Dia menyibukkan diri dengan kerja lebih masa dengan alasan untuk melupakan kesedihan dan kekecewaannya. Pulang ke rumah Zainal sudah keletihan sehingga terlepas pandang kesihatan Nadia yang semakin merosot. Nadia sudah ada tanda-tanda gila meroyan secara on off. Dia berulang ke pusara anaknya bila emosi terganggu tidak kira waktu. Kadang-kadang dia terlupa anak sudah tiada, dia memperlakukan bantal kecil seperti baby.
0 comments:
Catat Ulasan