[RASMI]-Tranfer NCD Insuran Kereta Lama Kepada Kereta Baru


Timeline Cover
Timeline Cover
Tranfer NCD Insuran Kereta Lama Kepada Kereta Baru
Ramai yang tidak tahu apabila anda telah trade in kereta lama, sebenarnya anda boleh pindahkan Non Claimed Discount (NCD) dari kereta lama anda kepada kereta baru. Contoh jika anda telah menggunakan kereta lama anda selama 6 tahun dan keatas, anda secara automatik akan dapat 55% NCD (Jika anda tidak pernah claimed kerana terbabit kemalangan). Sebenarnya NCD ini sangat berguna kerana ianya merupakan potongan diskaun harga perbaharui insuran pada setiap tahun.

Tranfer NCD Insuran Kereta Lama Kepada Kereta Baru


Kadar No Claim Discount (NCD)
  • Tahun Pertama: 0%
  • Tahun Kedua: 25%
  • Tahun Ketiga: 30%
  • Tahun Empat: 38.33%
  • Tahun Kelima: 45%
  • Tahun Keenam: 55%
Nota: NCD akan menjadi 0 semula jika anda terlibat dalam kemalangan dan telah menuntut insuran dari syarikat insuran kereta anda.

Penerangan Apakah Itu NCD Insuran

Contohnya, kereta vios anda telah anda gunakan selama enam tahun dan jumlah NCD anda adalah 55%. Sekiranya anda pindahkan kepada Kereta Honda Civic jangkaan insuran RM2,000 setahun. Anda hanya 55% daripada RM2000 tersebut. Maka, insuran yang anda bayar hanyalah RM900 sahaja setiap tahun dengan diskaun sebanyak 55%. Banyak bukan?

Syarat Perpindahan Insuran NCD Kereta

Syaratnya hanya nama pemilik yang sama sahaja boleh pindahkan NCD dari kereta lama kepada kereta baru. Tidak boleh gunakan insuran dari kereta orang lain untuk pindahkan kepada nama anda.

Jika kereta anda telah dijual dan sudah ditukar nama, maka anda tidak boleh lagi pindahkan NCD anda. Jadi, pastikan pindahkan dulu NCD kereta anda sebelum jual.

Cara Pindahkan NCD Kereta Kepada Kereta Baru

1. Pergi ke syarikat insuran kereta anda. Serahkan Kad Pengenalan dan Nombor Pendaftaran Kereta Anda (kereta lama)
2. Mohon perpindahan NCD dari kereta lama kepada kereta baru
3. Selesai sahaja, anda akan satu surat notis yang mengesahan bahawa anda telah mengeluarkan NCD dari kereta lama anda. Maka, kereta lama anda secara automatik bertukar menjadi 0% NCD.
4. Anda akan dikenakan cas tambahan untuk proses tersebut sekitar RM150-RM200 bergantung kepada tempoh tamat polisi insuran anda.
5. Selesai dan serahkan surat perpindahan tersebut kerapa ejen kereta anda untuk proses pindahkan NCD.

Contoh Surat Perpindahan NCD Insuran

contoh
Tranfer NCD Insuran Kereta Lama Kepada Kereta Baru Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan