Setelah Google Allo dilepaskan, kini ia bersaing dengan Hangout, Messenger dan Telegram. Pelbagai ciri baru pada aplikasi permesejan dari Google ini tampil mengisi kekosongan yang terasa pada WhatsApp (terutamanya). Meskipun pengguna masih belum ramai dan kukuh seperti WhatsApp, saya dapat rasakan dalam beberapa bulan lagi pengguna akan beralih kepada Allo kerana cirinya yang lebih menarik untuk digunakan.
Tetapan
Melihat kepada tetapannya, dapat dilihat ia masih belum cukup 'mantap' lagi seperti aplikasi lain yang telah pun bertahun dibangunkan. Untuk mendaftar, anda perlu gunakan nombor telefon dan bukannya alamat e-mel seperti Hangouts.
Masih terlalu ringkas dan kekurangan ciri lain yang 'diperlukan' terutamanya kepada para pengguna termaju yang gemar untuk 'tweak' tetapan-tetapan yang ada. Pilihan untuk menukar wallpaper juga masih belum ada ketika artikel ini ditulis.
Paparan Antaramuka
Paparannya kelihatan lebih kurang sama seperti WhatsApp dan Telegram, di mana ia memaparkan nama pengguna yang telah kita hubungi, menu hamburger di sebelah atas (kiri) dan butang carian. terdapat juga FAB, menepati Material Design dari Google sendiri.
Tetapi setakat ini belum ada lagi pilihan kepada pengguna untuk menukar paparannya kepada latar gelap. Jadi untuk 'release candidate' ini anda perlu hadap paparan cerah dan putih seperti di bawah.
Google Assistant
Pada saya, antara ciri Allo yang lebih menarik dan lebih baik berbanding WhatsApp serta Telegram ialah dengan hadirnya Google Assistant sebagai penyeri dan pelengkap. Melalui Allo, pengguna dapat berinteraksi secara lebih terperinci bersama Google Assistant. Bukan itu sahaja, Google Assistant juga dapat digunakan dalam mana-mana ruang chat yang telah anda mulakan bersama rakan.
Ini bererti ia akan membantu anda sekiranya anda perlukan apa jua info, dari restoran berhampiran, balai polis, balai bomba, R&R bahkan masjid sekalipun. Maklum saja, ia adalah kepintaran tiruan/buatan dan bukan hanya enjin carian Google semata-mata.
Berborak dengan Google Assistant sementara menanti pengkalan pengguna berkembang menjadi lebih besar seperti WhatsApp, hmmm, saya tidak melihat apa yang salah di situ. Cuma terasa seperti lonely lah, heheh.
Ciri Tambahan
Saya sukakan quick reply pada Allo. Walaupun tidaklah selalu digunakan (untuk masa ini), tetapi dengan adanya cadangan pantas bagi apa-apa perkataan yang kerap kali digunakan terutamanya perkata 'haha'. Ya, memang kelakar sebab setiap kali ada balasan dari rakan, perkataan 'haha' menduduki carta pertama bagi perkataan yang selalu dicadangkan.
Selain itu, Allo juga mempunyai sticker seperti Telegram, dan ada juga yang berbentuk animasi. Anda juga boleh menukar saiz perkataan serta emoji dengan cara menarik butang hantar sama ada ke atas mahupun ke bawah.
Nak cuba? Muat turun Allo > Allo.apk
0 comments:
Catat Ulasan