Selama ini, pemacu yang mampu memusnahkan apa jua peranti yang dipasang padanya pemacu tersebut masih dalam bentuk prototaip. Pada tahun 2015, seorang pengkaji dari Rusia, dengan nama dari akaun YouTube - Dark Purple telah mencipta sebuah pemacu USB yang dapat memusnahkan hosnya dan memuat naik sebuah video demonstrasinya, meskipun ia tidak dipasarkan. Anda boleh tonton dahulu video tersebut di bawah.
Pun begitu, terbaru, pemacu seperti ini telahpun dikomersialkan oleh sebuah laman iaitu USBKill.com, dan pemacu itu dinamakan sebagai USB Killer 2.0.
Menurut pembangun USB Killer 2.0, sebanyak 95% peranti yang telah diuji, telahpun musnah akibat dari lonjakan kuasa setelah dimasukkan pemacu. Apabila ia dipasang, USB Killer dengan cepat akan mengecaj kapasitor menerusi bekalan kuasa yang masuk melalui pemacu USB, dan dengan cepat pula melepaskan kesemuanya dalam tempoh beberapa saat.
Ini menyebabkan hos musnah, terbakar. Kemungkinan untuk dapat mengembalikan data-data dari HDD/SDD adalah amat tipis selepas kerosakan berlaku. Berikut pula, adalah demonstrasi USB Killer 2.0.
USB Killer ini dijual pada harga 49.95USD dan dengan tambahan sebanyak 15.70USB, anda boleh membeli USB Protection Shield - Test Shield yang bertindak melindungi mesin hos ketika anda mencuba pemacu pemusnah itu kepadanya.
> USB Killer 2.0
0 comments:
Catat Ulasan