[RASMI]-YABhg Norashikin Dilantik Tengku Permaisuri Selangor


Timeline Cover
Timeline Cover
YABhg Norashikin Dilantik Tengku Permaisuri Selangor
YABhg Norashikin Dilantik Tengku Permaisuri SelangorSultan Selangor berkenan mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datin Seri Paduka kepada konsort (isteri) baginda. Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais dalam kenyataan dari Istana Alam Shah, Klang berkata pengurniaan itu dibuat setelah badan itu berunding dalam sidang semalam.
“Baginda juga berkenan melantik konsort (isteri) baginda, Yang Amat Berbahagia Puan Norashikin binti Abd Rahman sebagai Tengku Permaisuri Selangor berkuat kuasa 8 September 2016 dengan gelaran: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Permaisuri Norashikin,” kata Hanafisah.
Baginda selamat diijab kabul di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 31 Ogos lepas. Setiausaha Sulit baginda, Datuk Munir Bani berkata, baginda dinikahkan oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam majlis pernikahan yang sederhana dan ringkas atas titah baginda.
YABhg Norashikin Dilantik Tengku Permaisuri Selangor Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan