AIM22 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 Disember ini. Ia disiarkan secara langsung oleh Astro Ria dan Ria HD bermula jam 9 malam.
Video penuh AIM22
Pencalonan Anugerah Industri Muzik 22 (AIM22) kali ini dilihat begitu membang�gakan apabila penyertaan diterima lebih banyak berbanding AIM21 yang lalu.
Sebanyak 731 pencalonan diterima kali ini daripada 80 nama yang melayakkan antara mereka tercalon dalam 17 kategori yang dipertandingkan.
Malah, dapat dilihat nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Faizal Tahir dan Najwa Mahiaddin turut mendominasi beberapa kategori penting.
Antara kategori yang dilihat menjadi saingan sengit ialah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Album Terbaik.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM22, Rosmin Hashim berkata, pihaknya gembira melihat senarai pencalonan tahun ini yang menunjukkan kepelbagaian artis yang bertanding.
�Kami gembira melihat senarai pencalonan yang datang daripada pelbagai kategori iaitu bintang ternama dan bakat baru yang sedang menempa nama.
�Pencalonan artis baru dan lagu yang kurang dikenali menunjukkan AIM terus mengiktiraf hasil karya penggiat seni muzik berdasarkan kualiti dan bukan populariti mereka semata-mata,� katanya.
Pada AIM22 kali ini, Datuk Siti Nurhaliza mendominasi pencalonan apabila mengungguli enam kategori dengan tujuh pencalonan.
Antaranya ialah Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita), Rakaman Album Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu (dua pencalonan) dan Album Terbaik.
Mengikuti Siti ialah Faizal Tahir dengan lima pencalonan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu, Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu, Lagu Pop Terbaik (dua pencalonan) dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.
Turut dilihat berpotensi untuk menyerlah dalam AIM22 ini juga ialah Syamel, Projector Band, SonaOne, Caliph Buskers, Mojo dan Akim & The Majistret.
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki):
Akim Ahmad (Potret)
Faizal Tahir (Sejati)
Hazama (Sampai Mati)
Hazami (Cintai Dia)
Lah Ahmad (Syukur)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita):
Datuk Siti Nurhaliza (Menatap Dalam Mimpi)
Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
Jaclyn Victor (Seindah Mimpi)
Najwa Mahiaddin (Guilty Room)
Nona (Takkan Biarkan)
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu:
Elizabeth Tan & Faizal Tahir (Setia)
Hunny Madu & Kayda (Go Hard Or Gostan)
Misha Omar & Hafiz Suip (Terimaku Seadanya)
Najwa Mahiaddin & Juny (After The Rain)
Sonaone, Joe Flizzow & Akeem (Go Do That)
Lagu Pop Terbaik:
Faizal Tahir - Assalamualaikum
Syamel - Hidup Dalam Mati
Datuk Siti Nurhaliza - Menatap Dalam Mimpi
Hazama - Sedetik Lara
Faizal Tahir - Sejati
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu:
Elvira Arul - Christmas in The Sun
Datuk Siti Nurhaliza - Jaga Dia Untukku
Datuk Siti Nurhaliza - Menatap Dalam Mimpi
Caliph Busker - Hanya Nama-Mu
Faizal Tahir - Assalamualaikum
0 comments:
Catat Ulasan