SKIM PINJAMAN PERUMAHAN
Skim Pinjaman Perumahan (SPP) diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. Kumpulan wang ini telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976. SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri. Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai tempat kediaman yang asas. Melalui kemudahan ini pihak Kerajaan dapat memberi bantuan untuk persediaan tempat kediaman yang bersesuaian dan memuaskan dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan golongan ini.
Pihak Bahagian Skim Pinjaman Perumahan, Jabatan Perumahan Negara tidak menyediakan kontraktor bagi tujuan pembinaan rumah. Urusan pembinaan rumah dan kontraktor merupakan tanggungjawab peminjam. Pelan yang disediakan merupakan cadangan. Pemohon boleh menggunakan pelan sendiri tetapi perlu memenuhi syarat-syarat rumah yang telah ditetapkan.
Klik link di bawah untuk melihat contoh Plan
|
0 comments:
Catat Ulasan