[RASMI]-Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3


Timeline Cover
Timeline Cover
Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3

Pastinya peminat industri muzik tanah air tidak sabar untuk menantikan program nyanyian gegar vaganza. Selepas kejayaan menarik ramai peminat menonton, program Gegar Vaganza kini kembali untuk musim yang ke 3.  Program nyanyian ini menampilkan peserta yang terdiri daripada penyanyi senior untuk beraksi pada setiap minggu dengan tema yang berbeza.

Pada 5 Oktober lalu, pihak Astro telah mengadakan satu sidang akhbar di Trec KL, Jalan Tun Razak,  untuk mengumumkan senarai penuh peserta Gegar Vaganza 3. 

Seramai 6 orang penyanyi lelaki dan 6 penyanyi perempuan telah pun dipilih melalui satu sesi ujibakat. Kesemua artis yang terlibat merupakan artis yang sangat berpengalaman dalam bidang nyanyian dan pasti akan memberikan saingan yang sengit apabila membuat persembahan nanti. 

Berikut senarai peserta Gegar Vaganza 3:

  1. Azharina 
  2. Elly Mazlein 
  3. Intan Sarafinaz
  4. Nora 
  5. Siti Sarah 
  6. Zur Eda 
  7. Ameng Spring 
  8. G-Mee Screen 
  9. Razis Ismail 
  10. Rem 
  11. Shidee Data 
  12. Zarul Umbrella
    Seperti sebelum ini, Nabil Ahmad dan Jihan Muse kekal sebagai hos rasmi yang akan mengemudi program ini. Pastinya mereka akan menjadikan program ini lebih meriah dengan celoteh dan telatah mereka sewaktu mengacara. Dato Haji Ramli MS dan Dato Khadijah Ibrahim juga masih kekal sebagai juri tetap. 

    Gegar Vaganza kali ini bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di saluran Astro Ria dan Ria HD pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 16 Oktober ini.



    Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
      Blogger Comment
      Facebook Comment

    0 comments:

    Catat Ulasan