Kesedihan adalah perasaan yang akan menimpa diri tatkala kita kehilangan insan yang teramat istimewa dalam hidup. Tiada siapa yang dapat melawan takdir, kerana apabila ajal menghampiri, ia tidak akan terlambat walau untuk sesiapa pun jua.
Eugenia Kuyda adalah seorang pengaturcara yang telah kehilangan teman karibnya, Roman Mazurenko, setelah beliau meninggal dunia akibat kemalangan. Nekad tidak mahu beliau 'pergi' lagi, Kuyda 'membina' apa yang dia panggil sebagai 'monumen digital' atau 'memorial bot' untuk Roman - 'hidup semula' secara digital menggunakan kepintaran tiruan (artifical intelligence).
Sepanjang 3 bulan pemergian Roman, Kuyda meluangkan masanya dengan mengumpul mesej teks dari Roman, mengasingkan mesej peribadi, dan memasukkan ia ke dalam sebuah rangkaian neural yang dibina oleh syarikatnya.
Pada 24 May 2016, Kuyda mengumumkan keberadaan bot Roman di Facebook. Ia boleh ditemui dalam aplikasi Luka dengan menambah @Roman. Pengguna boleh berbalas mesej dengan bot tersebut menggunakan butang menu ataupun mesej berbentuk soalan bebas.
Reaksi terhadap kewujudan bot dengan kepintaran tiruan itu bercampur baur. Ada yang gembira kerana dapat berkomunikasi dengan 'Roman', dan ada juga yang tidak menyetujuinya atas sebab-sebab peribadi dan emosi.
Artikel Sumber Olahan : The Verge
Abam Hac : Sedih pulak rasa. Hmmm.
0 comments:
Catat Ulasan