Faizal Tahir tampil menjelaskan maksud tersirat di sebaliknya kulit album terbarunya Anatomi. Faizal berkata, dia memberikan idea itu sebelum dihasilkan pereka grafik, Danny Miskam.
Senarai Lagu Dalam Album Anatomi
Anatomi yang diterbitkan bersama Mike Chan, Ezra Kong, Audi Mok dan Omar K memuatkan tujuh lagu termasuk Assalamualaikum, Sayang, Sejati dan Setia. Tiga lagu baru yang turut dimuatkan ialah Suriram, Menang, Bukan Yang Pertama dan single bonus iaitu Dirgahayu dan Negaraku.
Maksud Kulit Album
Imej Faizal yang tidak berbaju serta beberapa simbol tertentu membuatkan segelintir pihak mengaitkannya dengan aliran Freemason dan Illuminati.
Faizal berkata, setiap simbol yang diselitkan dalam kulit album berkenaan mempunyai maksud tersendiri.
�Gambar kuda lambang tahun kelahiran saya, manakala tulisan You�ll Never Walk Alone bersebelahan gambar kuda itu ialah mengenai pasukan bola sepak kegemaran saya iaitu Liverpool,� katanya.
Menurut Faizal, gambar wanita berpurdah pula adalah simbolik rasa hormatnya kepada golongan yang menutup aurat dan kanak-kanak berkepala televisyen pula menunjukkan kanak-kanak kini yang terlalu terdedah dengan Internet serta televisyen.
�Semuanya ada kena-mengena dengan kehidupan peribadi saya dan kita semua. Foto saya dengan empat tangan dan kaki serta tidak berbaju pula adalah lambang lukisan Leonardo da Vincci,� katanya.
Pada masa sama, ada yang mempersoalkan tindakan Faizal yang tidak berbaju walaupun dia sebenarnya tidak mendedahkan pusatnya yang juga aurat bagi lelaki.
�Ada juga yang mempersoalkan mengenai aurat kerana saya tidak berbaju dalam kulit album ini. Bagi saya, ramai lagi penyanyi wanita yang kulit album tidak bertudung dan mendedahkan aurat. Mengapa ia tidak dipersoalkan. Itu contoh paling mudah saya berikan,� katanya.
Faizal berkata, dia dan Danny mengambil masa selama lapan bulan untuk menyiapkan rekaan kulit album itu.
�Bagi mereka yang pernah bekerjasama dengan saya pasti tahu saya seorang yang sangat cerewet. Saya akan pastikan setiap apa yang dihasilkan itu hampir mencapai kesempurnaan.
�Terus terang, saya tiada niat untuk melakukan provokasi terhadap sesiapa, tetapi saya perlu berterima kasih kepada Danny kerana sanggup bersengkang mata dan menjadi teman gaduh saya bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk kulit album ini.
�Sebenarnya idea kulit album itu dihasilkan selepas saya selesai merakam semua lagu. Selepas diamati setiap bait lirik barulah idea untuk mendapat kulit album itu hadir,� katanya.
Faizal berkata, walaupun ada yang turut mengaitkannya dengan isu murtad, Faizal berkata, dia masih mempunyai pegangan kuat terhadap Allah dan tidak gentar dengan tuduhan yang mengaitkan dirinya kepada kepercayaan lain.
�Saya akui sejak kulit album ini dimuat naik di Internet banyak maklum balas positif dan negatif yang diterima. Ada yang kata ia Illuminati, Freemason serta ada juga yang melihat seperti lambang salib sehingga sanggup menuduh saya murtad.
�Terus terang saya tiada masalah dengan setiap komen yang diberikan. Secara dasarnya kulit album ini adalah simbolik kepada lagu dalam album ini dan beberapa benda yang berkaitan dengan kehidupan saya.
�Biarlah apa orang nak kata mengenai album ini asalkan saya tahu apa yang saya buat dan mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Allah. Jujurnya saya tidak takut dengan apa juga persepsi negatif segelintir pihak, saya percaya Allah sentiasa memberi bimbingan dan saya tidak sesekali melangkaui daripada apa yang sudah tertulis,� katanya.
Faizal berkata, album terbarunya itu mengandungi pelbagai rencah mengenai kehidupan dan perhubungan. Ia juga mengandungi banyak unsur positif dan penuh warna,� katanya.
0 comments:
Catat Ulasan