OxygenOS, Beta Program
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai sistem operasi OnePlus, iaitu OxygenOS
Bila anda beli produk OnePlus, perasan tak ada mesej kecil dekat kotak iaitu "Created Together With Our Fans"? Hampir 2 tahun yang lepas apabila pertama kalinya bermula perjalanan perisian, pengguna OnePlus telahpun memberi nama sistem operasi ini, iaitu OxygenOS.
Anda pasti perasan mengenai OxygenOS yang baru, iaitu "Community Builds" yang menjadi bualan ramai beberapa bulan yang lepas kan? Apa tu Community Builds? Kenapa wujudnya Community Builds ni?Apa yang dah jadi dengan OxygenOS?
Community Builds ni merupakan satu komponen baru, program perisian yang Beta dari OnePlus dengan trademark "Created Together". Pihak pembangun mahu memastikan tiap-tiap ciri, tweak dan tambahan pada OxygenOS untuk lulus ujian muktamad untuk anda.
Perjalanan sistem perisian OxygenOS
Untuk mencapai sasaran kejayaaan ini, OxygenOS ada tiga aliran yang berbeza, iaitu Closed Beta, Open Beta (Community Builds) dan Official Release (OTAs). Setiap peringkat perjalanan aliran tersebut, mereka mengumpulkan maklum balas asas, laporan ralat, dan ciri-ciri tambahan yang pengguna mahukan. Ini penjelasan secara terperinci mengenai tiga aliran di atas.
Closed Beta
(~4 kemaskini sebulan)
Di sini lah bermulanya kesemua kod OxygenOS. Boleh juga dirujuk sebagai "Alpha builds". Dari sini pasukan perisian menguji kod dan ciri-ciri baru (ada yang experimental). Matlamatnya untuk mendapatkan maklum balas yang pertama pada ideal baru. Builds pada ketika ini kurang kestabilan perisian yang dibuat tapi menawarkan akses awal. Kod dan ciri-ciri baru akan ada pada Beta tertutup dalam seminggu atau sebulan sebelum dilancarkan pada umum. Untuk dapatkan Beta tertutup, anda perlu menjadi penguji Closed Beta yang sah. Ini merupakan krew elit, malah pihak pembangun hanya menerima 60 orang penguji Beta tertutup pada bila-bila masa.
Open Beta (Community Builds)
(~2 kemaskini sebulan)
Semua orang boleh mencuba builds ini termasuk anda. Apabila ciri-ciri baru dan lulus ujian kualiti awal dalam Beta tertutup, mereka akan tambahkannya pada Open Beta. Pada tahap ini, perisian lebih stabil dan kurang ralat major berbanding Beta terbuka, tapi belum semua untuk keluaran akhir. Untuk memendekkan cerita, Beta terbuka ni, langkah semi-umum untuk maklum balas, dan menguji ralat, memastikan hanya kod yang terbaik sahaja sebelum keluaran rasmi.
Official Release (OTAs)
(~1 kemaskini setiap 1-2 bulan)
Ini merupakan langkah terakhir, apabila kod telah melalui beberapa pusingan dalaman dan maklum balas pengguna pada seluruh aliran Beta Tertutup dan Terbuka, yang terbaik daripada terbaik dikeluarkan pada versi rasmi OxygenOS. Ini adalah kemas kini yang anda terima secara automatik melalui OTA (On-The-Air) jika anda tidak terlibat dalam apa-apa jenis program beta. Secara ringkasnya, ini adalah builds yang dibina untuk diucapkan semua pengguna OnePlus di seluruh dunia. Walaupun builds ini stabil dan digilap, maklum balas dari pengguna tidak berhenti untuk baiki ralat-ralat yang terlepas pandang. Pihak pembangun masih terus mengumpul dan menganalisis ciri permintaan pengguna, dan laporan ralat serta mereka sebenarnya mempunyai beberapa perkara yang besar dalam kerja-kerja untuk membuat proses maklum balas yang lebih baik.
Apa makna semua ini untuk anda?
Ia bergantung pada anda. Jika anda tidak usik apa-apa, anda akan dapat OTA rasmi, yang mana diuji sepenuhnya dan stabil dan anda dapat tahu terdapat beberapa tahap untuk diuji sebelum anda dapat OTA rasmi. Jika anda nak mengetahui ciri-ciri baru (tapi tak kisah jika ada sedikit ralat), anda boleh pasang Open Beta (Community Build). Di sini, anda boleh menyuarakan pendapat anda, terus secara langsung menyumbang kepada program perisian mereka.
Harap artikel ini dapat memberi pencerahan dan penerangan mengenai proses pembangunan sistem operasi OxygenOS sebelum anda dapat yang stabil (tetapi ada la ralat yang terlepas dan pihak pembangun akan baiki secepat yang mungkin). OxygenOS adalah projek semangat sebenar untuk OnePlus dan mereka tidak boleh melakukannya tanpa anda, pengguna OnePlus. Jadi, marilah kita terus ciptakan sesuatu, bersama-sama! Never Settle!
* Jika ada sebarang pendapat dan persoalan, sila komen di bawah yer :)
Sumber, Forum OnePlus
0 comments:
Catat Ulasan