[RASMI]-Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit lakonan Afifah dan Hafreez


Timeline Cover
Timeline Cover
Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit lakonan Afifah dan Hafreez
Pengantinku Jatuh Dari Langit

Dalam perkembangan terbaru, Afifah dan Hafreez memegang watak utama dalam drama Pengantinku Jatuh Dari Langit.

Drama 30 episod arahan Idora Abdul Rahman itu turut menampilkan Faye Kusairi, Azhar Sulaiman, Fahad Iman, Kismah Johar dan Azam Pitt.

Pengantinku Jatuh Dari Langit bakal bersiaran pada 30 November ini setiap Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam di HyppSensasi (HyppTV 116) dan HyppTV Everywhere (aplikasi mobil HyppTV).

Hafreez akui kekok apabila digandingkan dengan pelakon baru yang juga merupakan adik kepada Anzalna, Afifah Nasir dalam drama terbaru, Pengantinku Jatuh Dari Langit.

�Pada mulanya memang rasa agak kekok berlakon dengan dia (Afifah), rasa takut pun ada juga sebab saya tak pernah kenal dia.

�Lagipun kami shooting berasingan, dia bahagian dia, saya bahagian saya dan hampir nak dekat sebulan baru kami dapat jumpa di set pengambaran.

�Namun begitu, lama kelamaan saya sudah mendapat rentak dan perkara tersebut dapat diatasi.

�Dia seorang yang menyenangkan dan saya selesa bekerja dengan dia, dan saya harap lakonan kami ini diterima baik oleh penonton,� katanya.

Hafreez ditemui dimajlis pelancaran drama bersiri Pengantinku Jatuh Dari Langit baru-baru ini.

Dalam pada itu mengulas mengenai kerjayanya, Hafreez memberitahu dia kini tidak lagi bernaung di bawah pengurusan Uprising Entertainment sejak bulan lalu.

Bagaimanapun pelakon berusia 26 tahun ini menjelaskan perkara itu bukanlah kerana mempunyai masalah dengan syarikat berkenaan sebalik dia ingin cuba berdikari dalam menguruskan hal kerjayanya.

�Keputusan itu dibuat atas perbincangan bersama pihak pengurusan dan semuanya berada dalam keadaan baik.

�Saya buat keputusan itu bukan kerana ada masalah dengan syarikat, tidak. Sebaliknya saya nak cuba berdikari dan uruskan kerjaya sendiri.

�Saya kini sedang melatih kakak dan adik lelaki untuk menjadi pengurus dan pembantu peribadi saya.

�Tak susah nak melatih mereka kerana sebelum ini pun mereka terdedah dengan kerja saya dan dah biasa mengikuti saya ke majlis-majlis tertentu.

�Lagipun, saya lebih selesa sekiranya keluarga yang uruskan kerjaya kerana mereka lebih faham keperkuan dan kehendak saya,� jelasnya. - AGempak
Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit lakonan Afifah dan Hafreez Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan