Sebelum bergelar pelakon, Aqasha terlebih dahulu dikenali sebagai penyanyi selepas menyertai pertandingan Bintang RTM pada 1999.
Tahun ini membuka lembaran baru dalam kerjaya pelakon Aqasha apabila dia mahu aktif dalam bidang nyanyian.
Lakonan terbaru Aqasha ditayangkan Sabtu ini menerusi Slot Cerekarama TV3 bertajuk Hanya NamaMu.
Bertahun-tahun tidak muncul dengan lagu baru, Aqasha kini bergerak secara �indipendent� atau indie bersama kumpulan Real Budiman yang turut dianggotai rakan sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24, Shah Alam.
�Saya mula menubuhkan kumpulan ini sejak 2015. Ketika itu kami ada �reunion� dan pada malam itu kami membuat persembahan. Melihatkan maklum balas yang diterima, saya terfikir ada baiknya jika kumpulan ini dikekalkan.
�Sejak itu Real Budiman terus bergerak secara indie, cuma buat masa sekarang kami menyanyikan lagu �cover version� yang boleh ditonton di YouTube. Malah, kami juga mendapat jemputan untuk membuat persembahan di sekitar Shah Alam,� katanya yang juga penyanyi kumpulan itu.
Tidak terhenti setakat itu, Aqasha yang kini menjalani penggambaran drama Misi Laksam dan Laksa berkata, Real Budiman juga bakal memulakan proses rakaman lagu baru bulan depan.
Menurut Aqasha, sebagai permulaan mereka merakamkan lima lagu sebelum memulakan sesi promosi di seluruh Semenanjung Malaysia.
�Walaupun empat anggota lain bekerja dalam bidang berbeza, tapi masing-masing mempunyai minat mendalam terhadap muzik dan memang berkebolehan bermain alat muzik,� katanya.
Ditanya mengenai syarikat penerbitan yang dimiliki bersama Khir Rahman dan Sein Qudsi, Aqasha menjelaskan ketika ini mereka belum ada sebarang perancangan menerbitkan filem baru.
�Selepas filem Bangunan pada 2015, kami belum terfikir nak terbitkan filem lain. Bukan apa untuk menerbitkan sesebuah filem ia memerlukan kos tinggi dan perbelanjaan besar. Kami tidak ada dana dan disebabkan itu kami memberi fokus kepada kerjaya lakonan masing-masing.
�Cuma syarikat kami masih beroperasi dengan memberikan khidmat suntingan, �colourgrading� dan rekaan bunyi,� katanya.
Aqasha bersyukur apabila perkahwinannya dengan Noor Baizura Mohd Sabri yang kini berusia tujuh tahun semakin bahagia.
Sepanjang tempoh itu, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Alehandra Ahmad, 6, dan Alaena Ayesha, 5.
�Diakui kehidupan rumah tangga tak semudah yang disangka. Kami mengutamakan komunikasi dan toleransi. Sebagai pasangan suami isteri juga tak boleh wujud soal siapa betul dan salah. Apa yang penting adalah perlu bertolak ansur,� katanya.
Mengenai anak pula, Aqasha merancang untuk menambah bilangan anak selepas kedua-dua anaknya itu bersekolah.
�Kehadiran anak dalam keluarga sedikit sebanyak menjadikan hubungan suami isteri itu lebih baik. Bagi yang belum dikurniakan anak, itu satu cabaran terutama nak mengekalkan hubungan. Perkahwinan mengajar kita untuk menerima pasangan seadanya. Bukan saja kelebihan tapi juga kekurangan yang dimiliki.
�Jadi kalau bercakap soal nak tambah anak, perancangan ke arah itu ada tapi bukan sekarang. Kena tunggu masa sesuai. Mungkin selepas kedua-dua anak melangkah ke alam persekolahan baru boleh merancang,� katanya. - HMetro
0 comments:
Catat Ulasan