[RASMI]-Drama Suamiku Paling Sweet (TV3)


Timeline Cover
Timeline Cover
Drama Suamiku Paling Sweet (TV3)
Suamiku Paling Sweet

Nantikan drama terbaru adaptasi novel Suamiku Paling Sweet? karya tulisan Anjell di slot Akasia. Drama terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Zul Huzaimy. Ditunjangi oleh Syafiq Kyle, Mawar Rashid, dan Nik Adam Mika. Drama siri Suamiku Paling Sweet dijadualkan bersiaran pada 13 Februari nanti di TV3.

JUDUL : SUAMIKU PALING SWEET
EPISOD : 28 episod
TARIKH / MASA : 13 Februari 2016
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Natasya Mahyan, Amirul Faqeem, Elvina Mohamad, Fazlina Ahmad Daud, Liza Abdullah, Lia Natalia

WATAK PELAKON
Mawar Rashid sebagai Qisya Iris
Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal
Nik Adam Mika sebagai Hafiey
Fazren Rafi sebagai Qairul
Aedy Ashraf sebagai Hakimi
Natasya Mahyan sebagai Maya

SINOPSIS SUAMIKU PALING SWEET
Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiey. Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiey orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiey selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiey dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan. 

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Pelakon Suamiku Paling Sweet
Pelakon drama Suamiku Paling Sweet
Drama Suamiku Paling Sweet
barisan pelakon
Drama Suamiku Paling Sweet (TV3) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan