Pentas Epik 3 Juara akan berlangsung 15 Januari ini bakal menyaksikan ketiga-tiga juara setiap kategori iaitu Kudien (Rock), Azizul (Irama Malaysia) dan Salma (Balada) akan bersaing sesama mereka untuk merebut gelaran juara keseluruhan berserta hadiah utama RM100,000.
Tugasan lebih besar menanti apabila mereka harus menyanyikan lagu duet berlainan genre selain menyanyikan sebuah lagu solo kategori masing-masing. Tiga artis jemputan yang bakal berduet bersama finalis 3 juara adalah Misha Omar, Jaclyn Victor dan Azlan The Typwriter. Selain lagu solo dan duet, mereka bertiga akan bergabung buat pertama kali untuk dalam persembahan trio dengan membawakan lagu Sekadar di Pinggiran, Mimpi Laila, Lagu Untukmu.
Selain itu, ketiga-tiga juri professional Datuk Rossa, Noraniza Idris, dan Awie akan menghiburkan penonton dengan lagu popular mereka. Pentas Epik 3 Juara dipancarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada hari Ahad, pukul 9 malam.
Update : Salma dinobatkan selaku juara keseluruhan dalam pentas epik 3 Juara menewaskan Kudien dan Azizul.
0 comments:
Catat Ulasan