Filem Logan berlatarkan 2029 dan pada era itu, kelahiran bayi mutan teramat jarang. Pejuang mutan X-Men sudah pun tidak wujud dan hanya Logan serta Charles Xavier saja yang tinggal.
Keupayaan badan Logan untuk sembuh segera daripada kecederaan kini semakin perlahan, malah, ada kalanya keistimewaan itu didapati tidak berkesan. Bagaimanapun, Logan terpaksa berjuang semula apabila seorang mutan muda memerlukan pertolongannya.
Barisan pelakon membintangi filem Logan adalah
- Boyd Holbrook
- Patrick Stewart
- Dafne Keen
- Doris Morgado
- Stephen Merchant
- Elizabeth Rodriguez
- Richard E. Grant
Keputusan Hugh Jackman bersara sebagai Wolverine kerana masalah kesihatan dan faktor usia membuatkan peminat X-Men sukar membayangkan pelakon terbaik menggantikan watak mutan itu.
Selepas 17 tahun membintangi watak terbabit, Jackman bakal beraksi sebagai Wolverine yang juga dikenali sebagai Logan buat kali terakhir dalam filem berjudul ringkas, Logan di pawagam seluruh negara pada 2 Mac ini.
Bagaimanapun, pengakuan pelakon berusia 48 tahun itu berdepan kesukaran membawa watak Wolverine dalam filem pertama X-Men pada 2000 mengejutkan penonton pada Anugerah Producers Guild, baru-baru ini.
�Secara jujurnya, saya melalui saat sukar. Itu kali pertama saya berlakon di Amerika Syarikat. Ketika itu, saya gementar dan berasakan tahap lakonan sederhana.
�Tiada orang memberi apa-apa komen, jadi saya ingat kekurangan itu tidak disedari sesiapa. Namun, saya silap,� katanya.
Selepas sebulan penggambaran X-Men, Jackman berkata, eksekutif studio, Tom Rothman mengadakan pertemuan untuk memberitahu dia mempunyai potensi besar berlakon sebagai Wolverine.
�Rothman meletakkan kepercayaan terhadap bakat lakonan saya selepas menyaksikan pita rakaman. Cuma dia berasakan persembahan harian saya kurang menyerlah,� katanya.
Lebih sedekad selepas itu, pelakon kelahiran Australia ini beraksi sebagai Wolverine dalam lapan filem dengan Logan menjadi yang terakhir buat pelakon tampan itu.
Bercerita terperinci mengenai lakonannya dalam Logan, Jackman mendedahkan menggunakan pengalaman keracunan makanan sebagai inspirasi dalam karya arahan James Mangold itu.
�Saya pernah keracunan makanan selepas makan beberapa tin ikan tuna. Doktor mendapati tahap mekuri dalam badan sangat tinggi iaitu 37,� katanya.
Menutut Jackman, pengalaman itu berkait dengan keadaan Wolverine yang nazak berikutan badannya sudah tidak mampu sembuh seperti dulu akibat keracunan Adamantium dalam tulangnya.
�Lambat-laun, bahan itu pasti membunuhnya. Kesan sampingan besi racun dalam badannya menyebabkan Logan menjadi tertekan, letih lesu dan mengalami kesakitan tulang melampau. Saya suka idea senjata Logan yang menjadi pembunuhnya,� katanya.
Pelakon itu turut memberitahu dia pengsan seketika ketika berlari di atas tempat berbukit sewaktu penggambaran di gurun yang ketinggian 9,000 kaki atas aras laut.
�Pada mulanya, unit kedua pengarah mahu memberhentikan penggambaran itu, namun saya nekad meneruskan rakaman dengan memberi alasan terjatuh,� katanya.
0 comments:
Catat Ulasan