Ia juga filem ketiga Power Rangers yang diterbitkan selepas Mighty Morphin Power Rangers: The Movie pada 1995 dan Turbo: A Power Rangers Movie (1997).
Kali pertama diperkenalkan di kaca televisyen 23 tahun lalu, watak adiwira popular dalam kalangan kanak-kanak, Power Rangers kembali ke layar perak selepas tarikh tayangannya dua kali tertunda.
Filem arahan Dean Israelite ini sepatutnya menemui penonton Julai tahun lalu, tetapi ditunda ke Januari tahun ini. Namun, ia sekali lagi ditunda ke bulan ini.
Bagaimanapun, jalan cerita filem terbaru ini tiada kaitan dengan dua filem terdahulu itu.
Menampilkan barisan wajah baru Power Rangers, filem ini dibintangi
- Dacre Montgomery sebagai Jason Scott,
- Naomi Scott (Kimberly Hart)
- RJ Cyler (Billy Cranston)
- Ludi Lin (Zack)
- penyanyi Becky G (Trini)
Filem ini turut dibintangi
- Bill Hader (Alpha 5)
- Bryan Cranston (Zordon)
- Elizabeth Banks (Rita Repulsa)
Dalam satu sidang media baru-baru ini, pelakon asal Pink Ranger, Amy Jo Johnson membuat kejutan dengan menyamar sebagai wartawan Daily Hive untuk menemu bual Scott, Lin dan Montgomery.
Bagaimanapun, penyamaran Johnson tidak berjaya apabila tiga pelakon berkenaan segera mengecamnya sebaik dia melangkah masuk bilik.
Membintangi siri televisyen Power Rangers dari 1993 hingga 1995, Johnson memberitahu barisan pelakon tidak menjangkakan program itu menerima sambutan hangat.
�Ketika membintangi Power Rangers 20 tahun lalu, tidak pernah terlintas dalam fikiran ia memberi impak positif terhadap kanak-kanak,� katanya.
Lin berkata, Power Rangers masih meninggalkan kesan terhadap penonton cilik pada hari ini dan pernah didatangi kanak-kanak berusia lima tahun yang teruja menanti tayangan filem itu.
�Ibu kanak-kanak itu memberitahu anaknya tidak berhenti bercerita mengenai Power Rangers kepada semua rakannya di sekolahnya sejak diberitahu filem itu akan keluar tahun ini,� katanya.
Bagi pelakon itu, adalah penting adiwira berkenaan menyampaikan mesej positif mengenai kerjasama pasukan dan menyelesaikan masalah bersama kepada penonton generasi muda.
Dalam temu bual ringkas itu, Scott turut memberitahu produksi mahu memaparkan isu kehidupan yang dihadapi watak dalam filem terbabit turut dialami remaja lain.
�Produksi sangat teliti dengan perkara ini kerana mereka mahu penonton melihat masalah yang sering dihadapi remaja berusia 17 tahun. Cara itu dapat mendekati penonton muda,� katanya.
Power Rangers mengisahkan lima pelajar sekolah perlu berubah menjadi adiwira bagi menyelamatkan bandar didiami mereka, Angel Grove dan juga dunia daripada ancaman makhluk asing.
Namun sebelum itu, mereka perlu menyelesaikan konflik masing-masing dan bekerjasama untuk menjadi Power Rangers.
Aktiviti Power Rangers di Sunway Velocity Mall
Bersempena tayangan filem Power Rangers pada 23 Mac ini, TGV Pictures bekerjasama dengan pusat beli-belah Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur menganjurkan pelbagai aktiviti untuk pengunjung menerusi Jelajah Power Rangers.
Jejalah itu akan bermula pada Jumaat ini hingga 26 Mac mulai jam 10 pagi sehingga 10 malam di bahagian Main Atrium.
Peminat berpeluang bertemu dengan Megazord dan menyertai aktiviti menarik yang bertemakan Power Rangers antaranya Coin Maze, Power Climb, Ranger Gladiator, Power Shooting dan pengalaman realiti maya.
Selain itu, pengunjung boleh mengambil gambar kenangan bersama watak Power Rangers serta memenangi cenderahati eksklusif adiwira itu.
Pengurus Besar TGV Pictures Chung Shyh Kwong berkata, Power Rangers mencipta fenomena besar dan sehingga sekarang masih popular sejak diperkenalkan 23 tahun lalu.
�Individu yang membesar menonton Power Rangers pasti tidak sabar menyaksikan adiwira mereka kembali aksi di layar perak,� katanya.
Menurutnya, aktiviti anjuran bersempena tayangan filem Power Rangers sesuai untuk disertai seisi keluarga.
0 comments:
Catat Ulasan