[RASMI]-Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin lakonan Rasya Rizrose, Azrel Ismaildan Idris Khan


Timeline Cover
Timeline Cover
Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin lakonan Rasya Rizrose, Azrel Ismaildan Idris Khan
Terbaru drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang bersiaran di Slot Akasia TV3 akan memulakan siarannya hari ini. Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd diarahakan oleh Nizam Zakaria. Adaptasi novel karya adaptasi novel karya Umi Syidah.

pinggan tak retak nasi tak dingin

Para Pelakon

Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

mengisahkan Yuhanis (Raysha Rizrose) yang sepatutnya mendirikan rumah tangga bersama Nizam (Azrel Ismail). Akan tetapi, Nizam menangguhkan kepulangannya ke Malaysia kerana dia sudah bernikah dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam ketika menetap di luar negara.

Ahli keluarga Nizam terkejut setelah mendapat tahu bahawa isterinya sedang hamil. Nizam pula terpaksa menerima hakikat bahawa abangnya Mizan (Idris Khan) bakal diijabkabulkan dengan Yuhanis. Kini, bekas tunangnya sudah menjadi kakak iparnya.

Pada masa yang sama, Shila sedang merahsiakan sesuatu. Sebenarnya, dia sudah hamil sebelum berkahwin. Nizam yang lurus bendul sangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam amat mencintai Shila dan dia tidak menyangka dirinya telah menjadi pak sanggup. Selepas pulang ke Malaysia, Shila terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya.

Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan.

Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?

Saksikan drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang bersiaran 6.58 petang setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3.
Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin lakonan Rasya Rizrose, Azrel Ismaildan Idris Khan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan